Pendidikan awal kanak-kanak merupakan peringkat awal
dalam proses pembelajaran untuk seseorang kanak-kanak. Penglibatan
ibubapa dalam pembelajaran kanak-kanak sangat mempengaruhi perkembangan mereka serta berkait rapat dengan pencapaian akademik kanak-kanak. Semakin
meningkatnya penglibatan ibubapa dalam pembelajaran kanak-kanak, maka
kecenderungan untuk pencapaian atau perkembangan kanak-kanak juga meningkat
adalah tinggi.
Kami di Rangkaian Tadika Permata Hidayah (TPH) amat
menitikberatkan penglibatan ibubapa dalam proses pembelajaran anak-anak. Dalam situasi sekarang, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan akibat penularan virus Covid-19, telah menyebabkan anak-anak tidak lagi dapat hadir ke tadika. Kami di TPH telah mengambil inisiatif untuk menyediakan pembelajaran dari rumah yang memerlukan komitmen ibu bapa selaku pemudah cara pembelajaran. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah dalam bentuk :
1) Pelbagai Aktiviti (ujikaji, arts & craft, senaman, memasak, bercerita, origami, eksperimen);
Disediakan untuk anak-anak memperoleh skil atau nilai tertentu yang melibatkan semua pelajar 4, 5 dan 6 tahun.
2) Lembaran Kerja
Disediakan untuk anak-anak mengikut peringkat umur 4, 5 & 6 tahun, atau mengikut tahap keupayaan masing-masing.
3) Aktiviti Membaca
Disediakan untuk anak-anak mengikut tahap masing-masing yang merangkumi bacaan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Iqra dan hafazan.
Semua aktiviti di atas telah siap disediakan panduan kepada ibu bapa bagaimana untuk memulakan, menjalankan dan mengakhiri sesebuah aktiviti. Ini penting bagi memastikan objektif sesuatu pembelajaran boleh dicapai seterusnya dapat dihubungjalin dalam interaksi ibu bapa dengan kehidupan seharian anak. Ke hadapannya, kami bercadang untuk menambah kepada interaksi audio video dan komunikasi dua hala agar anak-anak merasai kedekatan dengan guru-guru mereka. Ini akan meningkatkan motivasi anak-anak untuk mengikuti aktiviti bersama guru dari masa ke semasa.
Justeru itu, sinergi antara guru dan ibu bapa di rumah adalah penting sewaktu fasa PKP ini dijalankan. Tidak dapat tidak, pembelajaran dalam keadaan krisis seperti ini haruslah diteruskan walaupun ianya berjalan dari rumah. Peranan guru-guru TPH adalah untuk membantu ibu bapa dengan silibus dan perkongsian kemahiran mendidik yang ada. Dalam keadaan seperti ini, tentunya cabaran seperti disiplin anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru, kekangan guru dan limitasi kemahiran teknologi, juga keyakinan ibu bapa terhadap pembelajaran yang dijalankan harus difahami semua.
Kita tidak mempunyai pilihan lain, kecuali bergerak ke hadapan melakukan pembelajaran cara baru ini bersama-sama. Kita tidak dapat lari dari menggunakan teknologi, media dan internet. Biarpun pembelajaran ini tidak sempurna, tetapi dengan saling memahami satu sama lain dan bantu membantu, ianya boleh dilaksanakan! Pembelajaran tetap boleh berjalan dengan menggunakan apa jua sumber yang ada untuk mencapai objektifnya. Slowly but surely, insyaAllah!
Penglibatan ibubapa dalam proses perkembangan kanak-kanak mereka dapat mengembangkan potensi anak-anak secara menyeluruh. Keyakinan diri, sosial emosi, fizikal, kognitif dan keperibadian anak-anak. Ibubapa dapat membentuk
sikap yang positif di dalam diri anak-anak seperti keinginan untuk belajar, rajin
membaca, sifat ingin tahu dan pintar bergaul. Selain itu
anak-anak juga dapat belajar pelbagai kosa kata daripada ibubapa selaku orang
dewasa. Apa yang penting dari sesebuah pembelajaran ialah refleksi, iaitu apa yang diperolehi anak hasil pembelajaran atau dari sesebuah pengalaman itu. Ibu bapa harus banyak berinteraksi dan mempelbagaikan bentuk pengalaman agar ianya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seorang anak kecil.
Terima kasih ibu bapa!
Teacher Mimie,
18/4/2020
permatahidayahkuantan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment