Assalamualaikum semua...
Teacher Lin di sini! Hari ini, saya ingin kongsikan pengalaman "Hari Terbuka Kelas Saya" yang telah diadakan pada 7/2/2020 sebagai kemuncak aktiviti dalam Projek 1 TPH. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) yang pertama tahun ini iaitu Kelas Saya yang telah dilaksanakan sepanjang Januari 2020. Aktiviti ini dijalankan sebagai penutup fasa rekacipta, iaitu perkongsian hasil pembelajaran berprojek selama sebulan.
Hari Terbuka Kelas dijalankan dengan melibatkan penglibatan setiap pelajar dari setiap kelas 4, 5 dan 6 tahun. Kami berbincang berkenaan hasil yang hendak dipamerkan juga pembahagian tugasan. Teruja rasanya hendak menantikan kehadiran ibu bapa melihat sendiri suasana kelas dan hasil pembelajaran yang telah dijalankan. Hari Terbuka Kelas ini dijalankan serentak di semua rangkaian Tadika Permata Hidayah, Kuantan.

Kehadiran ibu bapa hari ini, sangat dinant-nantikan oleh para pelajar. Ibu bapa dapat melihat pembelajaran, mengenali rakan anak-anak dan ibu bapanya, juga pergaulan anak-anak di dalam kelas. Anak-anak 6 tahun khususnya, telah diberi tugasan untuk menjadi jurucakap kepada tetamu (ibu bapa) yang hadir. Mereka menerangkan pameran hasil kerja yang telah dibuat bersama iaitu :
Setiap awal tahun, anak-anak bersama Guru Kelas diberikan tugasan khusus untuk menghias pintu kelas masing-masing dengan tema tertentu. Perkara yang perlu berada pada pintu ialah nama kelas, nama guru kelas dan gambar/ nama ahli kelas, dan hiasannya. Bentuk hiasan bergantung pada perbincangan guru kelas dan anak-anak.
2) Jadual Tugasan Kelas (6 tahun sahaja)
Jadual bertugas ini bertujuan untuk melatih anak-anak memahami dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang akan dilakukan menjaga kelas masing-masing. Keceriaan dan kebersihan kelas haruslah terjaga. Bagi kelas 6 Al-Biruni, anak-anak telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 3 orang ahli. Di dalam kumpulan anak-anak didedahkan untuk menunjukkan sikap bekerjasama dan bertolak ansur dalam menyiapkan Jadual Tugasan Kelas. Antara tugasannya ialah sapu sampah, padam papan putih, menyusun buku dan menyusun meja dan kerusi. Pembahagian dilakukan sendiri oleh mereka. Alhamdulillah, hasilnya anak-anak sentiasa saling mengingati antara satu sama lain dalam mengikuti pembahagian tugasan tersebut.
3) Sorakan Kelas
Setiap kelas ada motto yang akan disorakkan dengan gaya yang tersendiri. Ianya boleh disorakkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab. Bagi kelas 6 tahun, Guru Kelas akan berbicang bersama ahli kelas untuk memilih gaya sorakan yang hendak dilakukan. Sorakan Kelas akan dilaungkan bersama setiap kali permulaan sesuatu aktiviti baik di dalam mahu pun di luar kelas, bagi meningkatkan semangat ahli kelas dengan keunikan masing-masing.
4) Carta Hari Jadi

5) Peta Rumah (rumah yang telah dibuat bersama keluarga)

Semua hasil ini telah dipamerkan kepada ibu bapa semasa Hari Terbuka Kelas Saya. Dengan adanya aktiviti seperti ini, anak-anak akan terdorong untuk berani tampil ke hadapan untuk menceritakan pengalaman mereka bersama ibu bapa, rakan dan guru. Penglibatan ibu bapa juga membuahkan manfaat apabila ibu bapa turut memberi sumbangan baik berupa peralatan, hiasan, dan buku untuk anak-anak belajar dengan selesa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang telah hadir dan dapat meluangkan masa untuk menjayakan Hari Terbuka Kelas ini. Bersama kita membentuk insan yang rabbani pintar ceria dan taqwa, insyaAllah.
Jazakumullahukhairankhathira..
Teacher Lin,
2/4/2020
permatahidayahkuantan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment