No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Monday 6 February 2017

Jom Kenal Huruf Vokal!

Pada hari Isnin, 6 Februari 2017 pengajaran dan pemudahcara yang saya lakukan bagi kelas Bahasa Malaysia adalah mengenai topik pengenalan huruf-huruf vokal : a - e - i - o - u.



Di awal kelas, saya menulis huruf tersebut dan disebut oleh pelajar secara berkumpulan sebanyak 5 kali. Saya juga menyediakan kertas huruf vokal a, e, i, o, u yang berwarna-warni untuk pelajar beraktiviti dengannya.

Pada mulanya, saya meminta setiap pelajar menampal huruf-huruf vokal di ruang yang disediakan mengikut huruf. Pelajar kemudiannya memilih huruf-huruf vokal yang disukai dan menyebutkannya kepada rakan secara berkumpulan.

Pelajar bekerjasama dan mengambil bahagian dengan baik. Pelajar yang sudah menguasai membantu pelajar yang belum menguasai. Saya hanya bertindak sebagai pemudahcara dengan memerhati pelajar dan membantu perjalanan pengajaran di dalam kelas. Pelajar gembira dan saya juga gembira! 💖

Teacher Mimie
permatahidayahkuantan.blogspot.my