No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Saturday 6 August 2016

Taklimat Pengurusan Penyakit Berjangkit (Slot 1 & 2)


Tarikh : 15 Jun 2016
Tempat : Dewan Makmur, Kompleks Kastam Kuantan.

Alhamdulillah, saya telah menghadiri Taklimat Pengurusan Penyakit Berjangkit Kepada Pengusaha & Pengasuh Pusat Jagaan Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kuantan. Taklimat ini telah dibahagiakan kepada 4 slot. Berikut adalah sedikit catatan untuk perkongsian semua. Mudahan bermanfaat.

SLOT 1 : PENYAKIT BERJANGKIT DI TASKA/TADIKA
Oleh : Dr. Dewi

1) Penyakit berjangkit boleh disebarkan secara langsung atau tidak langsung daripada seorang individu kepada individu lain. Manakala, penyakit tak berjangkit tidak boleh disebar.

2) Penyakit berjangkit disebarkan melalui :

  • Udara (Pernafasan) : Tibi, measles, chicken pox
  • Sentuhan : Scabies, Kudis buta
  • Pernafasan / Mata
  • Cecair badan spt hubungan seksual
  • Bawaan makanan/ air
3) Risiko penyakit berjangkit lebih tinggi di taska/tadika kerana :
  • ramai kanak-kanak, dimana kanak-kanak kurang daya tahan berbanding dewasa;
  • ruangan yang terhad;
  • berkongsi ruang dan permainan;
  • imuniti anak-anak yang rendah;
  • aktiviti / kelakuan kanak-kanak spt memasukkan mainan dalam mulut;
  • pelbagai latarbelakang.
4) Trend peningkatan penyakit berjangkit di Daerah Kuantan, dimana
  • HMFD pada tahun 2015 (38 kes), tetapi pada Jan-Mei 2016 (142 kes).
5) Demam campak adalah jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit (90% jika tidak divaksin). Tempoh berjangkit ialah 4 hari sebelum dan selepas ruam timbul. Pesakit akan mengalami demam, ruam, batuk, sakit mata dan selesema. Komplikasi yang mungkin berlaku ialah :
  • jangkitan pada telingan : menyebabkan pekak;
  • jangkitan pada paru-paru
  • jangkitan pada selaput otak.
6) HMFD boleh merebak melalui cecair spt najis (lampin), batuk dsb. Pesakit akan mengalami demam, ruam pada tangan dan kaki, blister pada gusi dan lidah, juga kurang selera makan. Akibatnya. kanak-kanak boleh mengalami dehidrasi kerana tidak makan dan minum.

7) Scabies merebak melalui sentuhan. Ianya jangkitan oleh kutu yang mengakibatkan gatal terutama pada waktu malam dan berlaku ruam/ blister pada kulit di celah jari.

8) Conjunctivitis / sakit mata juga merebak melalui sentuhan yang mengakibatkan mata menjadi merah, bengkak dan berair. Sakit mata akan berjangkit jika disebabkan virus atau bakteria, tetapi tidak berjangkit jika disebabkan alergi. Tempoh berjangkit adalah dari mula gejala hingga tiada cecair yang keluar. Apabila antibiotik sudah diambil dalam tempoh 24 jam, ianya tidak berjangkit lagi.

SLOT 2 : GARIS PANDUAN PENGENDALIAN TASKA/TADIKA BAGI MENCEGAH PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT
Oleh : Dr. Zulfadhli

1) Langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan termasuklah :

  • amalan disinfeksi peralatan menggunakan clorox/ dettol dsb. Tombol pintu dan kepala paip antara yang perlu kerap disinfeksi;
  • amalan mencuci tangan (7 langkah);
  • elak menyediakan makanan berhampiran tandas;
  • penyimpanan makanan dengan baik di dapur;
  • pengasingan makanan dalam peti sejuk;
  • makanan dan susu yang disiap perlu dihidang terus. Apabila melebihi 4 jam, risiko kuman merebak;
  • mendapat suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendalian makanan;
  • cikgu yang sakit elak dari menyediakan makanan.
2) Penjagaan kebersihan bermula dengan amalan 7 langkah mencuci tangan. Tangan perlu dicuci apabila :
  • setibanya di taska/tadika;
  • sebelum pulang ke rumah;
  • sebelum makan/minum/ beri susu;
  • selepas ke tandas/ menukar lampin;
  • selepas memegang haiwan;
  • selepas memegang/ sapu ubat.
3) Taska/ Tadika perlu ada rekod imunisasi pelajar. Pada 2016, ada sedikit perubahan dalam jadual imunisasi.

4) Melakukan penyaringan kanak-kanak setibanya di taska/tadika :
  • dilakukan di bilik khas;
  • sebelum kanak-kanak bercampur dengan kawan;
  • mengasing pelajar sakit di bilik khas;
  • bertanya kepada ibubapa tentang sakit/ keadaan kanak-kanak pagi itu;
  • memeriksa suhu badan;
  • Gejala yang perlu disaring termasuklah demam dengan suhu melebihi 37.5, selesama, batuk, cirit-birit, ruam/lepuh/ kudis dan sakit mata. Pelajar ini tidak boleh hadir dan haruslah dibawa pulang.
5) Membuat polisi pengecualian untuk edaran dan makluman ibubapa berkenaan penyakit berjangkit.

6) Penutupan premis jika pengesanan kes aktif dan tidak menjaga kebersihan di bawah Akta Kawalan & Pencegahan Penyakit Berjangkit.

7) Untuk mendapatkan lesen taska/tadika :
  • buat permohonan bertulis kepada Pejabat Kesihatan Daerah. Lawatan pemeriksaan akan dilakukan;
  • mendapatkan suntikan tifoid di klinik swasta bagi guru yang mengendalikan makanan;
  • menghadiri kursus pengendalian makanan;
  • menyediakan Peti Pertolongan Cemas yang disimpan di tempat yang sesuai dan diperiksa dari masa ke semasa;
  • menyediakan senarai ibubapa;
  • menyediakan jadual disinfeksi;
  • menyediakan Buku Daftar Pelawat;
  • mempamer signage "Dilarang Merokok" (40 cm x 50 cm)
Disediakan oleh,
Mardhiyah @ Teacher Ummi
permatahidayahkuantan.blogspot.my