Pada 24 Febuari 2020 yang lalu, para pelajar di Tadika Permata Hidayah telah menjalankan satu eksperimen yang menggunakan kacang hijau. Ianya dijalankan per individu di dalam kelas masing-masing ketika Fasa Penerokaan dalam Projek Kebun Kami.
Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menemukan jawapan terhadap soalan pelajar, apakah yang diperlukan tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Sesi soal jawab diadakan untuk meguji sejauh mana kemampuan pelajar meramal perkara yang akan berlaku berdasarkan aktiviti yang dilakukan. Melalui sesi bersoal jawab ini, guru-guru dapat mengenal pasti salah faham yang berlaku dalam kalangan pelajar mengenai keperluan tumbuh-tumbuhan untuk hidup. Sebagai contohnya, ada pelajar yang menyangka pokok kacang hijau tidak dapat tumbuh kerana diletakkan didalam kelas dan bukan di kawasan luar. Ada juga segelintir pelajar menyatakan pokok tidak akan tumbuh kerana ditanam menggunakan tisu dan bukannya tanah. Untuk memperjelaskan semua salah faham yang berlaku dalam kalangan pelajar, guru telah memberi penerangan awal mengenai setiap keperluan yang diperlukan oleh tumbuhan.
Apa itu kesalahfahaman? Kesalahfahaman atau misconceptions, adalah kefahaman seseorang yang bertentangan dengan bukti saintifik. Ianya sering berlaku pada kanak-kanak disebabkan pengetahuan mereka yang terhad. Maka adalah penting seseorang pendidik untuk mengenalpasti salah faham seseorang kanak-kanak dan membetulkan salah faham tersebut, kerana ia mempengaruhi cara anak melihat dunianya.
Apa itu kesalahfahaman? Kesalahfahaman atau misconceptions, adalah kefahaman seseorang yang bertentangan dengan bukti saintifik. Ianya sering berlaku pada kanak-kanak disebabkan pengetahuan mereka yang terhad. Maka adalah penting seseorang pendidik untuk mengenalpasti salah faham seseorang kanak-kanak dan membetulkan salah faham tersebut, kerana ia mempengaruhi cara anak melihat dunianya.
Para pelajar juga telah menonton beberapa video yang menjelaskan cara penanaman biji benih yang betul. Selain itu, guru turut menunjukkan video proses percambahan dan pertubuhan biji benih agar pelajar mendapat bayangan apa yang akan berlaku apabila eksperimen ini dijalankan. Antara bahan yang telah digunakan untuk menjayakan eksperiment ini ialah biji benih kacang hijau, tisu, cawan plastik dan air.
Bagi mencapai objektif, eksperimen ini telah dilakukan dengan meletakkan beberapa biji kacang hijau ke dalam empat cawan plastik yang berbeza. Cawan yang pertama mengandungi tisu yang dilembapkan dengan kadar yang sesuai serta diletakkan di bawah cahaya matahari. Cawan yang kedua pula, mengandungi air yang sangat banyak sehingga menenggelamkan biji benih serta diletakkan di bawah cahaya matahari. Namun, untuk cawan yang ketiga, biji benih kacang hijau diletakkan di atas tisu yang kering dan diberikan cahaya matahari. Cawan terakhir mengandungi biji kacang hijau yang diberikan air yang mencukupi namun tidak diberi cahaya matahari. Biji benih kacang hijau telah dibiarkan selama seminggu untuk melihat proses percambahan yang berlaku.
Sepanjang tempoh eksperimen ini berlangsung, para pelajar 6 tahun telah mencatatkan perkembangan pokok kacang hijau mereka ke dalam jurnal. Melalui kaedah ini para pelajar akan lebih jelas mengenai proses pertumbuhan anak pokok kerana dapat melihat secara langsung proses yang berlaku ke atas biji benih sebelum menjadi pokok serta mencatatkan proses perkembangannya di dalam jurnal. Melalui aktiviti sebegini, para pelajar dapat didedahkan untuk membuat ramalan berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat meningkatkan tahap komunikasi para pelajar. Hal ini dapat dibuktikan apabila mereka menggunakan kaedah lisan untuk menerangkan pemerhatian yang dilakukan terhadap proses percambahan biji benih.
Secara keseluruhannya, aktiviti ini telah berjaya dijalankan dengan lancar. Para pelajar juga banyak bersoal jawab ketika proses eksperimen berlangsung. Diharapkan melalui eksperimen ini, pelajar dapat menemukan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanyakan pada awal kajian.
Sekian,
Teacher Akmal
10/4/2020
permatahidayahkuantan.blogspot.com
permatahidayahkuantan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment