Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi,
hari ini kita masih lagi dapat sama-sama merasai nikmat dunia yang Allah
berikan. Hari ini saya ingin membicarakan tentang Eksperimen Kapilari. Haa...apa
itu Eksperimen Kapilari? Tunggu, nanti saya ceritakan.
Okay semua, sebelum dijelaskan dengan lebih lanjut, Eksperimen Kapilari ini dijalankan pada 25 Februari 2020 bersempena dengan projek ke dua yang dijalankan di TPH iaitu, Projek Kebun Kami. Eksperimen ini dijalankan semasa Fasa Penerokaan bagi menemukan jawapan untuk persoalan yang timbul semasa Fasa Inkuiri. Untuk
pengetahuan, ekperimen ini dijalankan mengikut kelas masing-masing dengan penglibatan semua pelajar.
Berbalik kepada soalan saya yang mula-mula tadi, apa itu Eksperimen Kapilari?
Eksperimen Kapilari adalah bertujuan untuk mengkaji
pengangkutan air yg diangkut dari akar ke seluruh bahagian tumbuhan. Percubaan ini menyeronokkan dan mudah dilakukan. Ia dapat menunjukkan bagaimana air bergerak dari akar, melalui batang hingga keseluruh dedaun/ bunga dan menukarkan warnanya. Kanak-kanak mungkin tertanya-tanya, apabila kita menyiram air kepada tumbuhan, ke manakah air itu pergi? Eksperimen ini membantu membuktikan bahawa air tersebut tidak hilang begitu sahaja. Di akhir eksperimen, anda akan mempunyai daun kubis atau bunga yang cantik warnanya!
Haa bagaimana ia terjadi?
Seperti kita sedia maklum, tumbuhan memerlukan udara, cahaya
dan semestinya air untuk terus hidup. Melalui ekperimen ini, kita ingin
membuktikan bahawa tumbuhan boleh menyerap air. Ianya lebih mengujakan apabila
ekperimen ini menggunakan pelbagai warna! Bahan yang diperlukan bagi ekperimen
ini adalah, kubis cina, air, pewarna makanan dan juga bekas seperti gelas minuman. Jika tiada
kubis cina, tumbuhan lain juga boleh digunakan dalam menjayakan eksperimen ini seperti daun
saderi, sawi atau lebih menarik lagi kuntuman ros putih.
Langkah-langkah untuk memulakan ekperimen ini ialah,
1. Titis beberapa titik pewarna makanan ke
dalam setiap gelas berisi air sehingga bewarna pekat menyerlah (1 gelas untuk 1 warna).
2. Masukkan sehelai daun kubis cina ke
dalam setiap gelas tersebut.
3. Biarkan antara 24 - 48 jam.
Selepas membuat eksperimen tersebut, guru kelas membiarkannya di suatu sudut dibelakang kelas dan meminta pelajar untuk melihat hasilnya dari masa ke semasa. Pelajar berasa sangat teruja untuk melihat warna daun kubis
cina bertukar warna mengikut warna air dalam gelas minuman tersebut. Lihat kubis cina tersebut berubah secara beransur-ansur dalam beberapa jam.
Setelah dua hari, pelajar sangat teruja dan gembira melihat
kubis cina telah bertukar warna mengikut pewarna makanan yang diletakkan.
Taraa, lihatlah hasilnya. Sungguh menarik bukan?
Tindakan kapilari ini tidak memerlukan kuasa graviti berlaku. Air di dalam bekas itu telah bergerak ke atas batang seolah-olah seperti straw minuman dan membawa air ke seluruh bahagian tumbuhan. Oleh kerana pewarna telah larut dalam air, maka pewarna tersebut juga telah bergerak melalui batang hingga ke daun dan kita dapat melihatnya! .
Di akhir ekperimen ini, guru kelas bersoal jawab dengan
murid. Disamping itu, guru menjelaskan bahawa tumbuhan memang menyerap air dan
air merupakan salah satu sumber yang diperlukan tumbuhan untuk terus hidup. 😊
Maha Teliti Allah dalam penciptaanNya...
Maha Teliti Allah dalam penciptaanNya...
Cubalah eksperimen ini!
Teacher Siti,
7/4/2020
permatahidayahkuantan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment