No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Sunday 6 March 2016

Slot Kursus : Kursus Asas Read Easy.




Alhamdulillah, saya berasa bertuah sekali kerana telah dihantar oleh TPH bagi mengikuti Kursus Asas Read Easy pada 28 Februari lalu bertempat di Hotel Sri Manja Boutique, Kuantan. Disana saya berpeluang bertemu dengan pakar merangkap pengasas dan pengurus Read Network, Encik Othman Ahamad bagi menimba ilmu sebanyak mungkin tentang asas mengajar anak-anak mula membaca dengan kaedah fonetik.

Perbezaan di antara Bacalah Anakku dan Read Easy adalah dari segi bunyi dan pendekatan yang digunakan untuk menggabung bunyi. Terdapat hanya 44 bunyi yang perlu dikuasai oleh anak-anak berbanding dengan menggunakan kaedah lain.

1) Phonics is the best
Membaca perkataan di dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dieja seperti membaca perkataan di dalam Bahasa Malaysia.
Jadi sebab itulah phonics is the best way to teach reading in English. 

Sound --> speech sounds (words are made up of sound)

'Reading' is by blending the sound. Kaedah gabung bunyi di sini adalah menggunakan kaedah 'synthetic phonics'. Bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf, kemudian menggabungkan setiap bunyi menjadi 1 perkataan. (eg; |k|, |ae|, |t| = cat).
Anak-anak perlu kuasai bunyi huruf (sounds @ phonemes) dan seterusnya perlu kuasai simbol y mewakili bunyi tersebut (symbols, graphemes). Selepas sudah kuasai sound-to-symbol association, barulah anak-anak boleh menggabungkan bunyi kepada perkataan (decoding).

2) Basic sound code
Kami telah diajar beberapa asas bunyi. Terdapat banyak simbol yang mewakili bunyi yang sama, contohnya; bunyi |k| mewakili simbol c (cat), k (kite), ck (lock), dan ch (school). Terdapat 12 bunyi vokal dalam Bahasa Inggeris berbanding 6 di dalam Bahasa Malaysia. Bunyi vokal juga terbahagi kepada 2: pendek dan panjang. Pendek seperti contoh |I| sit, panjang seperti contoh |i:| seat.

3) Teaching techniques
Peraturan fonik;
a) Memperkenalkan 
bunyi.
b) Jangan campur bunyi dan nama huruf. Sebolehnya cari lagu yang tidak bercampur bunyi dan nama huruf.
c) Memperkenalkan konsep gabung bunyi. Elakkan anak-anak dari menghafal perkataan.


Tips mengajar Read Easy;
- Perlu banyak pengulangan. Ulang secara berkumpulan, individu dan bersama guru. Anak anak akan mudah mengingat melalui kaedah pengulangan.
- Do action!
Guru guru perlu kreatif dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Contoh;
a = pegang pemanah dan anak panah
b = menimbang bola
c = batuk
Lakukan bersama anak anak dan jadikan pembelajaran suatu proses yang menarik dan seronok.

Itulah serba sedikit apa yang dapat saya kongsikan bersama sepanjang Kursus Asas Read Easy. Semoga ianya bermanafaat untuk semua.

Setiap anak adalah berbeza dari segi penerimaan terhadap sesuatu pembelajaran, jadi usahlah merasa putus harapan dalam mengajar sesuatu yang baru terhadap mereka. Sebaliknya cipta sesuatu kaedah atau situasi yang menarik untuk dipelajari, kerana mungkin salah satu kaedah yang kita fikirkan itu boleh terus diterima dengan mudahnya oleh mereka. Peringatan kepada diri sendiri juga. Semoga kita lebih sukses dalam mendidik anak anak.

Salam sayang,
Cikgu Ros
permatahidayahkuantan.blogspot.my

Thursday 3 March 2016

Slot Kursus : Kursus Intensif Kaedah Mengajar Bacalah Anakku.

             Sabtu 27 Februari 2016 yang lepas saya telah diberi peluang menghadiri Kursus Intensif Kaedah Mengajar Membaca Bahasa Melayu melalui Pendekatan Fonik Gabung-Bunyi oleh pengasas buku Bacalah Anakku En Othman Bin Ahamad yang bertempat di Hotel Sri Manja Kuantan.

            Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kaedah fonik dalam mengajar dan membaca Bahasa Melayu bagi kanak-kanak seawal 3 hingga 8 tahun. Satu ungkapan yang dikongsikan penceramah yang menarik perhatian saya ialah, “Literasi bukanlah satu  anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak”.

            Melalui kaedah ini, kanak-kanak tidak diajar A,B,C, tetapi mereka hanya perlu mengetahui bunyi yang dikaitkan dengan simbol ( huruf ) yang diajar. Kanak- kanak hanya perlu menggabung bunyi untuk boleh membaca. Melalui kaedah ini, insyaAllah kanak-kanak dapat terus membaca bukan sahaja perkataan mudah malahan juga perkataan yang panjang dengan cepat dan lancar walaupun baru berusia 3 atau 4 tahun.

            Apakah itu kaedah fonik? Ia adalah bunyi dalam bahasa pertuturan (speech sounds) dan bunyinya diwakili oleh simbol-simbol tertentu. Kaedah ini dimulakan dengan 3 vokal yang banyak digunakan dalam Bahasa Melayu dan mudah disebut iaitu “a i u”. Ini diikuti dengan 5 konsonan dalam Bahasa Melayu. Tambahan pula, kaedah fonetik ini diajar dengan membunyikan bunyi huruf bukan mengenal nama huruf contohnya ‘b’ bunyinya ‘beh’ ‘a’ bunyinya ‘a’. Tulisan dalam bukunya pula menggunakan dua warna iaitu merah dan hitam untuk membantu pengecaman koordinasi mata-tangan semasa membaca teks.

            Terdapat 4 peraturan yang dikongsikan oleh En Othman, antaranya ialah :
Peraturan 1   - mengajar kanak-kanak mengenal bunyi dahulu bukan nama huruf a,b,c;
Peraturan 2   - tidak mencampur adukkan bunyi huruf dan nama huruf;
Peraturan3 -  mengajar gabung-bunyi bukan mengeja perkataan dan tidak menghafal suku kata;
Peraturan 4 - mengajar a,b,c (Nama Huruf) hanya apabila kanak-kanak lancar membaca.

            Pendekatan mengajar yang disarankan oleh pengasasnya ialah mengikut susunan buku, ajar bunyi baru huruf, ajar baca gabung-bunyi bukan mengeja, ajar menulis dan eja ala fonik, buat aktiviti manipulasi bunyi akhir, mengajar kaedah kelas dan p&p secara hands-on.

            Teknik mengajar dalam pendekatan gabung-bunyi ada 6 langkah.
Langkah 1 - memperkenalkan bunyi,
Langkah 2 - ulang sebut bunyi melalui teknik asosiasi,
Langkah 3 - memperkenalkan simbol,
Langkah 4 - mengingat bunyi,
Langkah 5 -  mengingat bentuk dan rupa huruf,
Langkah 6 - memperkenalkan huruf dalam buku.


           Sesungguhnya setiap anak memiliki kemampuan dan keupayaan berbeza. Dan tugas kita sebagai seorang pendidik hanyalah untuk membawanya meneroka dan mencuba pelbagai kemahiran. Mungkin ada pelajar yang sesuai dengan kaedah ini, dan mungkin ada yang tidak. Namun kita sebagai guru hanya berusaha dengan sebaik mungkin. Moga ilmu dan pengalaman yang baru saya dapatkan hari ini dapat saya manfaatkan untuk anak didik TPH!

Cikgu Mimie,
permatahidayahkuantan.blogspot.my