No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Tuesday 6 June 2017

Seminar Pembelajaran Luar Biasa Di Rumah - Part 1


Alhamdulillah, pada 20 Mei  yang lalu Tadika Permata Hidayah bersama rakan-rakan penganjur Atfal Jannah, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar dan Genius Aulad telah bekerjasama menganjurkan sebuah seminar keibubapaan. Seminar Pembelajaran Luar Biasa Di Rumah (Maximising Learning Moments At Home) yang dihadiri oleh 75 orang peserta ini berjalan dengan jayanya. Penceramah hebat dibawakan dari Kuala Lumpur ialah Pn Noor Hayati binti Abdul Hamid, Founder Naluri System dan Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd. Tempoh 4 jam berseminar dan berbengkel ini dirasakan begitu singkat kerana begitu banyak input menarik dari Pn Hayati. 

Slot 1, Pn Hayati memulakan dengan membawa peserta berfikir tentang perbezaan dalam fasa-fasa kehidupan. Apa yang berlaku ketika seseorang itu single belum berkahwin dan setelah berkahwin. Tentunya ada perubahan-perubahan yang berlaku yang menuntut kita untuk menyesuaikan diri (adapt to changes). Peranan sebagai ibubapa dalam menghadapi realiti kehidupan memerlukan kita bijaksana. Kebijaksaan dan keupayaan untuk selalu bertenang ketika berdepan dengan cabaran sebagai ibubapa. Ibubapa perlu memiliki ilmu, iman dan sistem sokongan yang baik untuk membesarkan anak-anak.

Pembentukan jiwa atau character perlulah menjadi fokus utama di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Tugas ini dipikul oleh orang yang paling dekat dengan anak tersebut, iaitu kedua ibubapanya. Ibubapalah sebagai role model anak-anak, Memiliki dan membina hubungan yang rapat dengan anak supaya mereka menjadikan ibubapa sebagai tempat merujuk. Selepas itu, tentulah guru-gurunya. Sebab itu, pentingnya kita memilih tempat persekolahan yang memiliki persekitaran/suasana atau biah yang baik. 

Pendidikan yang dimulakan dirumah, akan menghasilkan anak-anak yang telah mendahului 2 hingga 3 tahun dari mereka yang baru hendak bermula di sekolah. Inilah yang disebut rumah sebagai early excellence center. Setiap anak-anak itu dilahirkan hebat, maka ibubapa-lah yang mencorakkannya. Kita tidak perlu membanding-bandingkan anak, kerana setiap anak memiliki kehebatan tersendiri. Apa yang perlu kita buat ialah fokus kepada apa yang dia boleh lakukan dahulu, dan bimbing supaya boleh melakukannya dengan lebih baik. Mengembangkan potensi si anak yang mempunyai kecenderungan tersendiri! Tidak ada kayu pengukur yang sama pada semua anak-anak.

Pn Hayati kemudian membawa peserta mentadabbur firman Allah dari Surah Yunus : 24 – 25.

{إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالأنْعَامُ حَتَّى إِذَا أَخَذَتِ الأرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلا أَوْ نَهَارًا فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا كَأَنْ لَمْ تَغْنَ بِالأمْسِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (24) وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى دَارِ السَّلامِ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (25) }
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasan­nya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanaman) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir. Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (surga) dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).


Sebab itu, you can either MAKE or BREAK your child’s potential! Memiliki jiwa yang tenang akan memudahkan banyak perkara. Tenang dan bukan marah-marah. Pengaruh ‘dimarahi’ itu akan berada dalam diri anak selama 6 hingga 7 jam. Oleh sebab itu, mulakan pagi dengan senyuman dan jiwa yang tenang bagi mengoptimumkan pembelajaran anak-anak di sekolah. Anak-anak akan mula bermasalah ketika tingkatan 1, 2 dan 3 kerana sudah berjauhan dengan ibubapa. Oleh sebab itu, perkasa asas perlu dibuat betul-betul ketika di peringkat awal kanak-kanak.

“Being patient with our children is an act of worship” – Mufti Ismail Menk

Kemudian, Pn Hayati membawa peserta kepada 8 perkara untuk mengoptimumkan pembelajaran dan pembentukan diri anak sejak dari rumah lagi. Ringkasnya,
      
  1.          Pencapaian luar biasa terbina melalui minat dan kesungguhan;
  2.                  Membina persekitaran yang meransang sikap ingin tahu dan jati diri anak;
  3.          Membina kreativiti anak – komponen penting untuk berjaya;
  4.          Menggilap dan berulang-ulang;
  5.          Pembelajaran dari kehidupan sebenar dan semasa;
  6.          Berkomunikasi dan sentiasa berhubung (keluarga yang rapat);
  7.          Belajar dari kesilapan;
  8.         Membina kreativiti secara sistematik dan berperancangan.
    Mungkin dalam siri tulisan yang lain, akan dikongsikan 8 perkara ini untuk manfaat semua. Disertakan gambar-gambar sekitar seminar untuk tatapan. Tahniah pada semua ibubapa TPH yang hadir! 😊











Catatan Teacher Ummi,
permatahidayahkuantan.blogspot.my