No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Friday 9 February 2018

It's Donut Day At TPH!

It's Donut Day!

Pada hari ahad bersamaan 4 Februari 2018, Tadika Permata Hidayah telah mengadakan dua program serentak,
Iaitu Taklimat Keibubapaan dan Program Anak-anak “It’s Donut Day”. Seramai 45 orang telah menghadiri taklimat dan 50 orang pelajar berusia 4 hingga 10 tahun menghadiri kelas memasak.
  




Program Memasak ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai cara membuat donut langkah demi langkah dari mula hingga siap. Proses ini memberi pengalaman bermakna dan pendedahan awal kepada pelajar untuk membuat donut sendiri.

Selepas pendaftaran dilakukan, acara dimulai dengan ice-breaking. Senaman penguin dan chicken dance diketuai oleh Teacher Mimie dan Teacher Shira. Selepas semua berkenalan, peserta diberi penerangan tentang perjalanan aktiviti hari ini, iaitu :

1) Persediaan memasak & Mencuci Tangan 7 Langkah
2) Mengadun bahan-bahan
3) Menguli doh mengikut bentuk
4) Rehat makan pagi (Guru menggoreng doh)
5) Pelajar menyiapkan topping
6) Makan & Bekal
Selepas penerangan dilakukan, Teacher Mimie & Teacher Shira menunjukkan cara mencuci tangan 7 langkah dan peri pentingnya kebersihan tangan semasa penyediaan makanan. Pelajar seterusnya duduk mengikut kumpulan masing-masing bersama guru yang ditugaskan dalam kumpulan tersebut. Setiap kumpulan diberi resepi dan langkah-langkah penyediaan. Pelajar dibimbing untuk membancuh tepung dan mengadun bahan-bahan dengan sukatan yang betul. Mereka bekerjasama dalam kumpulan untuk menuang satu persatu bahan seperti tepung,yis, gula, garam, minyak, shortening dan air.
 
Siap menguli, mereka membentukkan donut dengan kreativiti masing-masing seperti orang, bintang, bulan dan sebagainya. Setelah selesai membentuk, pelajar dijamu dengan bihun gorang sementara menunggu donut untuk naik selama 30 minit. Seterusnya guru mengoreng donut yang telah dibuat oleh pelajar tadi. Bertukus lumus Teacher Aisyah dan Teacher Ainun menggoreng 50 jenis doh yang dibentuk berbeza-beza.

Selesai menggoreng, pelajar membuat topping untuk donut masing-masing. Kami membuat dua toppings iaitu cream cheese + cornflakes dan  hershey’s chocolate syrup + coklat rice. setiap pelajar diminta untuk menyiapkan 2 biji donut kerana satu donut mereka boleh makan setelah siap topping, satu lagi boleh dibawa pulang.

Sebagai penutup, pelajar berkongsi tentang pengalaman mereka membuat donut sendiri. Ada yang tersilap ikut langkah. Ada yang membuat doh terlalu tebal sehingga kurang masak. Ada yang ingin mencubanya sendiri di rumah nanti! Sebagai penghargaan kepada kehadiran dan usaha keras mereka, setiap pelajar diberikan satu goody bag untuk dibawa pulang selain donut yang telah disiapkan tadi. Tahniah kepada semua yang hadir! Semoga Allah memberkati usaha kita ini..
Happy Donut Day!
Teacher Shira
permatahidayahkuantan.blogspot.my

Thursday 8 February 2018

TAKLIMAT KEIBUBAPAAN 1/ 2018


TAKLIMAT KEIBU BAPAAN

Alhamdulillah dan syukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia dan rahmatNya kami Tadika Permata Hidayah 1 & 2 telah berjaya menganjurkan Taklimat Keibubapaan pada 4 Februari 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Al-Buruj, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar. Taklimat ini merupakan acara pembukaan bagi sesi persekolahan 2018.  


Kehadiran ibubapa yang menggalakkan memberi kami semangat untuk meneruskan program keibubapaan seperti ini lagi. Taklimat ini dibahagikan kepada dua slot. Slot 1 ialah Mengenali TPH oleh Pn. Mardhiyah binti Mat Hussin, Pengurus Tadika Permata Hidayah. Daripada slot 1 ini, ibu bapa dapat mengetahui tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, aktiviti-aktivti dan pendekatan TPH dalam memastikan pelbagai potensi pelajar berkembang. Melalui persefahaman ini, kerjasama erat antara guru dan ibubapa dapat diperkukuhkan demi manfaat anak-anak yang sedang dibina. InsyaAllah, gabungan kerjasama dan silaturahim ini memberi banyak kebaikan untuk semua.



Slot 2 pula bertajuk “Pornography, Do We Know What Our Children Know” yang disampaikan oleh Dr. Bisha Fathamah binti Uzir, Trainer Malaysians Against Pornography Pahang. Penyampaian Dr. Bisha sangat membuka mata berkaitan bahaya pornography di kalangan anak-anak dan kesan bahaya darinya. Fakta-fakta yang menggerunkan dibentangkan sebagai pendahuluan taklimat ini untuk memberi gambaran betapa bahayanya penularan bahan pornography di negara kita.



Kesan ketagihan pornography yang merosakkan lima bahagian otak berbanding kesan ketagihan dadah yang merosakkan tiga bahagian otak ini perlu dititik beratkan.  Oleh itu setiap guru, ibu bapa dan ahli masyarakat berperanan penting dalam menghadapi cabaran membesarkan anak-anak di zaman ini.  Guru dan ibu bapa haruslah melengkapkan diri dengan ilmu dan kefahaman untuk membentengi diri dan keluarga dari bahaya pornography. Pasukan MAP Pahang juga membuka mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk menjemput memberi ceramah kesedaran tentang perkara ini. Modul MAP dibangunkan untuk pelajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, IPT dan ibu bapa ahli masyarakat yang berminat.

Diharapkan taklimat ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Catatan Ringkas,
Teacher Lin
permatahidayahkuantan.blogspot.my