No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Tuesday 23 January 2018

Hari Terbuka TPH 2018

Salam semua.

Hari Terbuka Tadika Permata Hidayah akan dijalankan pada 4 Februari 2018 (Ahad). Ada dua acara yang akan dijalankan serentak. Iaitu taklimat untuk ibu bapa dan aktiviti memasak untuk para pelajar.
Aturcara Taklimat Keibubapaan :

8.30 - 9.00 : Pendaftaran (Ibu Bapa & Anak-anak)
9.00 - 9.15 : Pembukaan majlis & tayangan montaj.
9.15 - 10.00 : Slot 1 (Mengenali Tadika Permata Hidayah)
10.00 -10.15 : Rehat
10.15 - 11.30 : Slot 2 (Pornography, Do We Know What Our Children Know?)
11.30 : Penutup


Daftar sekarang! Hubungi Teacher Zai untuk tempahan tempat.



Friday 5 January 2018

Minggu Orientasi 2018 di TPH2

Sesi persekolahan 2018 telah bermula! Minggu pertama di TPH2 dimulakan dengan Minggu Orientasi Pelajar dengan pelbagai aktiviti dalam kumpulan kecil dan besar.

Objektif :
1) pelajar dan guru dapat menyesuaikan diri;
2) pelajar seronok ke tadika dan boleh bermain bersama kawan baru;
3) pelajar mengenal warna dalam pelbagai aktiviti.


SELASA - 2/1/2018
Memang tak menang tangan cikgu-cikgu hari ini. TPH2 hari ini menerima ramai pelajar baru! Alhamdulillah…. tentu seronok dapat berkenalan dengan ramai.

Aktiviti hari ini dimulakan dengan sesi taaruf, iaitu permainan kotak misteri. Kotak akan digerakkan dari satu pelajar ke pelajar lain. Pelajar memasukkan tangan untuk mengambil bola masing-masing. Pelajar kemudiannya menyebutkan nama dan warna bola tersebut. Dalam permainan ini, pelajar dikenalpasti siapakah yang boleh dibantu untuk mengenali warna.






Aktiviti seterusnya melibatkan permainan dalam kumpulan besar dan kumpulan kecil bagi mengerat hubungan sesama pelajar.

Rabu dan Khamis TPH2 terpaksa ditutup disebabkan banjir. Air telah menaiki jalan masuk dan keluar yang menghalang kenderaan untuk lalu. Alhamdulillah, TPH2 tidak dimasuki air.


JUMAAT - 5/1/2018

Aktiviti hari ini ialah memasak. Membuat popia sendiri.

Aktiviti dimulakan dengan mencuci tangan mengikut 7 langkah cucian seperti yang telag dipelajari pada tahun 2017. Guru membimbing semua pelajar dalam mengingat langkah-langkah tersebut.

Demonstrasi menggulung popia dan penerangan tentang khasiat sayur disampaikan oleh Teacher Lin. Teacher Lin telah memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjadi isi kepada popia tersebut. Putih - ayam & bawang, oren - lobak merah, hijau - timun.

Setiap pelajar mengisi dan menggulung popia masing-masing. Setelah selesai digoreng Teacer Aisyah, pelajar menikmati popia hasil karya masing-masing. Memang sedap dan rangup dimakan panas-panas bersama kawan!

Aktiviti penutup hari ini ialah aktiviti bersama guru kelas masing-masing di dalam kelas. Pelajar diberikan mainan untuk bermain bersama. Mereka kemudiannya menceritakan plot permainan tersebut.



ISNIN - 8/1/2018

Hari ini pelajar membuat playdough sendiri! Aktiviti yang tertangguh disebabkan banjir minggu lepas. Teacher Ros menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdough. Teacher Ros kemudiannya menunjukkan langkah demi langkah perkara yang perlu dilakukan.
Anak-anak mengikut kumpulan kecil kemudiannya diberikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdough. Alhamdulillah, dengan bimbingan guru, pelajar dapat menyiapkan playdough masing-masing mengikut turutan langkah yang betul. Warna playdough yang pelbagai digunakan untuk menguatkan objektif minggu orientasi, iaitu mengenal warna.


Setelah siap, pelajar bermain bebas dan menceritakan hasil masing-masing.

******
Selesai sudah minggu orientasi di TPH2. Moga semuanya cepat beradaptasi dengan suasana baru di tadika.

Catatan ringkas,
Teacher Ros
Guru Besar TPH2 2018
permatahidayahkuanytan.blogspot.com

Minggu Orientsasi 2018 Di TPH1

Sesi persekolahan 2018 telah bermula! Minggu pertama di TPH dimulakan dengan Minggu Orientasi dengan aktiviti untuk menyesuaikan diri pelajar dan guru. 

Objektif :
1) pelajar dan guru dapat menyesuaikan diri;
2) pelajar seronok ke tadika;
3) pelajar mengenal warna dalam pelbagai aktiviti.

SELASA -  2/1/2018 
(Colourful balls for you and me)

Hari pertama di TPH berjalan lancar. Pelajar lama, maupun baru memberikan kerjasama yang sangat baik. Permainan pertama, ialah "muzic bag"  dimulakan. Apabila muzik berhenti, pelajar mengambil satu lego tersebut dan memperkenalkan dirinya.

Sesi perkenalan diri menggunakan lagu "What is Your Name?" 
Dari permainan ini, pelajar dikenalpasti siapakah yang perlu dibantu untuk mengenali warna.
 
Permainan ke dua pula dimanakan "ice and water". Permainan ini menguji fokus dan pendengaran pelajar untuk bergerak mengikut arahan. Apabila "water" disebut, pelajar boleh bergerak bebas dan apabila mendengar "ice", semua pelajar mesti berhenti serta merta dan kaku seperti patung. Permainan ini dihentikan apabila semua pelajar telah berjaya mendapat bola warna masing-masing. Bola ini telah diletakkan guru di merata tempat.




RABU - 3/1/2018
(Ingat lagi warna bola semalam?)

Hari ini pelajar membuat playdough sendiri! Mula-mula Teacer Ara menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdough. Teacer Ara kemudiannya menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat playdough.
 
Anak-anak yang telah duduk mengikut kumpulan masing-masing, kemudiannya diberi bahan-bahan. Dengan bimbingan guru, semua pelajar mampu menyiapkan playdough masing-masing mengikut turutan langkah yang betul. Warna playdough yang pelbagai digunakan bagi menguatkan objektif minggu ini, iaitu mengenal warna.  

Setelah siap, pelajar bermain bebas dan menceritakan hasil masing-masing.



KHAMIS -  4/1/2018
(What colours can we use?)

Aktiviti hari ini ialah memasak, Membuat popia wantan sendiri. 
Aktiviti dimulakan dengan mencuci tangan mengikut 7 langkah cucian seperti yang telah dipelajari pada tahun 2017. Rata-rata pelajar lama masih mengingat 7 langkah tersebut.
 
Setelah tangan dicuci, pelajar mula menyiapkan popia wantan masing-masing mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh Teacher Ana sebelumnya. Teacher Ana telah memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjadi isi kepada popia tersebut. Putih - telur puyuh, oren - lobak merah, hijau - timun. 

Selesai dimasak, pelajar kemudiannya menikmati popia wantan hasil karya masing-masing. Memang sedap dimakan!

Aktiviti penutup hari ini ialah menyiapkan kolaj apple masing-masing, Pelajar yang menghadapi kesukaran mengupas telur, mengoyak kertas dan tidak boleh tolerate rasa melekit gam telah dikenalpasti.



JUMAAT -  5/1/2018
(My Colourful Pumpkin)

Aktiviti terakhir minggu orientasi ini ialah membuat Birthday Chart masing-masing. Cikgu Shira berkongsi tentang Hari Lahir dan tugasan hari ini. Aktiviti ini berbeza mengikut kelas 4, 5 dan 6 tahun mengikut tahapan mereka. Mewarna, menampal, menyambung strok, menggunting dan menulis.

Selesai aktiviti tersebut dilakukan, sesi story telling dijalankan bersama Teacher Ara.



Alhamdulillah.
Catatan Teacher Zai,
Guru Besar TPH1 2018.
permatahidayahkuantan.blogspot.com