Ingin tahu tips
bagi menghidupkan suasana kelas dengan mendapat impak yang sangat positif? Teruskan membaca. Ini
adalah berdasarkan pengalaman saya yang setahun jagung menceburkan diri di
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini.
Situasi 1:
Guru di
hadapan kelas dan pelajar duduk di tempat masing-masing (kerusi dan meja). Guru
memulakan proses pembelajaran. Menulis suku kata di papan putih dan meminta
pelajar menyebut sebaik sahaja disebut guru. Diselang selikan dengan mencari
perkataan yang bermula dengan suku kata tersebut.
Situasi 2:
Guru turut menyertai pelajar di dalam satu bulatan besar. Guru menulis suku kata di atas kertas dan meminta pelajar cuba menyebut. Contoh : 'na' di dalam tulisan jawi. Kemudian setiap pelajar disuakan kertas suku kata tadi untuk menyebut mengikut intonasi yang disukai, bermula dengan pelajar pertama yang boleh membaca suku kata yang ditulis guru tadi. Langkah ini sebagai tanda penghargaan kepada beliau. Kemudian semua pelajar melihat latihan di dalam buku masing-masing gambar apa yang bermula dengan suku kata 'na'. Lantas pelajar menjawab 'nasi' dan terus bersama menyuaipadankan suku kata tersebut dengan gambar nasi. Perlu tunggu sehingga semua pelajar menyiapkannya. Buat bersama sama pelajar. Diikuti dengan suku kata 'ni' dan juga 'nu' dengan kaedah yang sama.

Impak:
pelajar seronok apabila dapat menyebut suku kata dengan gaya yang tersendiri.
Rasa dihargai apabila kawan-kawan bersama-sama menunggu sehingga setiap orang
selesai. Berjuang secara berjamaah.... :) Hampir kesemua pelajar boleh membaca dan
membezakan suku kata 'na', 'ni', dan juga 'nu' di akhir kelas tanpa bantuan
guru.
Salam
Sayang,
Cikgu Ros
permatahidayahkuantan.blogspot.my
No comments:
Post a Comment