Di
satu kawasan perumahan yang tenang lagi mendamaikan terdapat sebuah tadika
islam, namanya Tadika Permata Hidayah. Disinilah tempat aku mencari
rezeki. Dipilih oleh Allah untuk mendidik anak-anak comel seramai 41
orang. Perjalanan ini bermula pada Isnin, 11 Mei 2015 bersamaan 22 Rejab
1436H.
Permulaan yang tidak ku sangka sangat meriah
dengan kehadiran anak-anak comel lagi periang. Setiap pagi mereka menyambut aku
dengan penuh keikhlasan dan teruja sekali. Begitu jelas diraut wajah polos
mereka. Alhamdulillah! Aku
sangat bertuah, kerana walaupun baru seminggu lapor diri sudah dapat pelbagai
hadiah daripada anak-anak ini.
"Apa
yang istimewanya aku?", fikirku sejenak.
Hmm
rupa-rupanya 16 Mei adalah sambutan Hari Guru. Gembira aku yang baru bergelar
seorang guru telah dibanjiri dengan pelbagai hadiah daripada anak-anak ini.  Walaupun sebenarnya aku baru satu minggu berkhidmat di sini. Semoga Allah s.w.t redha dengan jalan yang
aku pilih ini. Moga Allah selalu membimbingku untuk menunaikan amanah guru
dengan sebaiknya.
Teacher Mimie
permatahidayahkuantan.blogspot.my
No comments:
Post a Comment