Cikgu Ros
: Siapa yang jadikan hutan?
Pelajar-pelajar
: Allah..
Cikgu Ros
: Kenapa Allah jadikan hutan?
Medeeha :
sebab untuk pergi berkelah!
Adham :
sebab haiwan makan rumput!
Umar :
sebab boleh pergi memburu!
MasyaAllah!
nampak tak sel-sel otak sedang berhubung tu? Hebat-hebat belaka jawapan
anak-anak kecil ini..
Yeke
hebat? Jom cek balik;
Betul
lah! Bukankah ada hutan simpan di negara kita? Hutan simpan ini dipelihara supaya manusia
boleh meneroka tentang alam semulajadi. Mengkaji dan memerhati hidupan flora dan fauna. Bukankah air terjun banyak terdapat
di dalam hutan? Ya Medeeha! Cikgu pernah pergi berkelah di Hutan Lipur Lata
Tembakah di Besut, Terengganu suatu ketika dahulu. Menikmati panorama air terjun
yang sungguh indah.. Subhanallah! Tak terungkap dengan kata-kata betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t. Biarlah gambar yang berbicara..
2) Sebab haiwan makan rumput!
Ohoho... inilah jawapan
paling 'rare' pada hari ini.. Yes exactly correct Umar! Bukahkah hutan menjadi habitat bagi
pelbagai jenis haiwan? Adakah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia? Sudah
tentu tidak! Jadi rebutlah peluang yang ada wahai pencinta buruan. Tetapi
mestilah melalui cara yang betul dan mempunyai lesen untuk berburu ya!
Nampakkan betapa kreatif dan pelbagainya jawapan anak-anak ini? Sedangkan niat cikgu bertanya soalan itu hanyalah mengharapkan jawapan yang satu iaitu 'sebagai habitat haiwan'. Inilah yang seronoknya apabila mempraktikkan aktiviti soal jawab, sebab selain cikgu yang memberi ilmu, cikgu juga menerima ilmu dari anak-anak cilik ini..
Jikalau
kesemua enam belas orang yang jawab? Memang naik bengkak tangan cikgu menaip
jawapan satu persatu di sini kan?
Salam
sayang,
Cikgu Ros
permatahidayahkuantan.blogspot.my