Minggu terakhir persekolahan di Tadika Permata
Hidayah 1 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pelajar.
Guru-guru memberikan pembelajaran bermakna yang meninggalkan memori indah
kepada anak-anak. Juga peluang kami guru mengaut pahala sebanyak mungkin
sebelum berakhirnya sesi 2017!
Mari lihat apa yang kami lakukan sepanjang
minggu tersebut, 20/11 – 24/11/2017.
Isnin (20/11/2017)
“Clean Hands”
Aktiviti pagi itu dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Dr.
Azrin binti Abdullah, Pensyarah UIA Kuantan. Taklimat ini memberikan gambaran
tentang
-
kepentingan mencuci tangan dengan cara yang betul,
-
bila perlu mencuci tangan,
-
langkah demi langkah untuk mencuci tangan dengan betul,
-
Lagu memcuci tangan langkah demi langkah.
Selepas itu, pelajar ke perkarangan luar tadika untuk sesi
praktikal mencuci tangan. Alhamdulillah, kebanyakan pelajar dapat mengingati 7
langkah membasuh tangan dengan cara yang betul. Amalan ini telah diteruskan di rumah
bersama ibu bapa dan ahli keluarga menurut ibubapa yang berkongsi cerita.
Selepas mengeringkan tangan dengan tisu bersih, pelajar dihadiahkan sebiji epal
untuk dinikmati.
******
Selasa (21/11/2017)
“Mari Dengarkan”
Aktiviti hari selasa dimulakan dengan perkongsian guru tentang sikap
tolong menolong sesama dan nilai ukhuwwah persahabatan. Pelajar kemudiannya menonton
sebuah cerita dengan watak utamanya Baymax. Sepanjang cerita dipertontonkan,
guru-guru akan menghentikan untuk bersoal jawab bersama pelajar. Ini kerana
interaksi penting bagi mendapat kefahaman.
Selesai menonton (tidak menonton keseluruhan cerita), pelajar
diminta membuat bulatan yang bercampur 4, 5 dan 6 thn. Guru membacakan kisah
Bilal bin Rabbah r.a yang tabah dan tidak pernah berputus asa dalam hidupnya.
Beliau terkenal sebagai seorang yang jujur, rendah diri dan memiliki suara yang
sangat indah ketika mengumandangkan azan.
Seusai sesi bercerita, pelajar bermain kotak beracun. Pelajar
menggerakkan kotak dari seorang pelajar ke seorang pelajar dan apabila lagu
berhenti, pelajar tersebut perlu menjawab soalan yang diajukan guru. Soalan
adalah berkisarkan cerita yang ditonton dan diperdengarkan. Markah diberikan
kepada pelajar yang dapat menjawab soalan tersebut.
*******
Rabu (22/11/2017)
“Mini Sports Day”
Rabu adalah aktiviti sukaneka! Pelajar dibahagikan kepada 3
kumpulan iaitu merah kuning dan biru. Memang penuh semangat anak-anak TPH! Antara
aktiviti yang dijalankan ialah mengisi air dalam botol, membawa bola pingpong dengan
sudu, galah panjang dan rebut kerusi. Semangat kerjasama berpasukan dalam
dilihat dari permainan yang dijalankan. Pelajar sangat gembira dengan aktiviti
hari ini. Alhamdulillah!
********
Khamis (23/11/2017)
“Jom Buat Sushi”
Setelah bersukan, menonton cerita, hari ini kami memasak sushi
pula! Bahan-bahan yang digunakan ialah nasi, sosej, timun, telur dan rumpai
laut.
Sebelum memulakan aktiviti, pelajar juga dibahagikan kepada 3
kumpulan dan guru menerangkan mengenai khasiat yang terdapat dalam setiap bahan
yang digunakan untuk membuat sushi (Ya, sosej tidak berkhasiat dan hanya boleh
dimakan sekali sekala sahaja). Setiap pelajar diberikan plastik untuk
menggulung sushi sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Setelah selesai menggulung sushi, guru memotong gulungan dan
pelajar menikmati hasil tangan sendiri. Selepas berusaha, barulah nikmati
hasilnya! Setelah selesai aktiviti memasak, pelajar diminta melukis makanan
berkhasiat dan menceritakan khasiat yang terdapat dalam makanan yang mereka
lukis.
*********
Jumaat (24/11/2017)
“Hadiah Perpisahan”
Hari terakhir sesi 2017 di Tadika Permata Hidayah. Majlis
penutup bagi sesi persekolahan 2017. Aktiviti dimulakan dengan membuat Art & Craft Ikan. Aktiviti dibuat
dalam kumpulan-kumpulan kecil dengan dibantu orang guru. Setiap pelajar diberikan
kertas dan gunting. Pelajar menggunting garisan dan melekatkan potongan
tersebut untuk menjadikan badan ikan. Sirip, mulut, mata dan ekor ditambah oleh
pelajar mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini menggalakkan mereka
berusaha untuk menggunakan bakat masing-masing. Mereka juga diperkukuh dengan
kosakata baru berkaitan ikan. Memang cantik hasil kerja mereka untuk dibawa
pulang!
Setelah selesai, kami bergotong-royong membersihkan tadika.
Ruangan perpustakaan, kelas, dan ruangan utama. Aktiviti diakhiri dengan sesi
bersalaman dan bermaafan.
Alhamdulillah, aktivit sepanjang minggu penutup ini berjalan
lancar. Pelajar memberi kerjasama dan mengikut arahan dengan baik. Mereka sangat gembira dalam aktiviti yang telah
dilaksanakan. Semoga aktiviti ini dapat memberi impak yang bermakna kepada
pelajar-pelajar juga guru-guru dan semoga Allah memberkati usaha kami semua.
Amin.
Jumpa lagi insyaAllah di tahun 2018!
Teacher Shira
permatahidayahkuantan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment