No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Saturday, 19 November 2016

Slot Kursus : Bacalah Anakku

Tarikh : 29  Oktober  2016
Tempat : Sempurna  Resort, Indera  Sempurna, Kuantan.

Assalamualaikum wrt wbt, 
Alhamdullillah  pada  tarikh  tersebut  saya dan  Cikgu  Lia  telah  menghadiri  Kursus  Bacalah  Anakku  bersama  barisan  para  cikgu  tadika  dari seluruh  Pahang. Kami sangat bertuah  kerana  enceramah yang memberi kursus ini adalah  pengasas kepada bacaan phonics ini iaitu En. Othman. Di dalam kursus  ini, En. Othman telah menerangkan kepada kami beberapa kemahiran  dan  teknik untuk  kami gunakan semasa mengajar anak-anak  di  tadika  nanti. 

“Literasi bukanlah satu anugerah tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak”.

Inilah kata-kata daripada pengasas yang peka akan fitrah semulajadi seorang kanak-kanak itu.  Kata beliau lagi, orang pertama yang mengajar seorang anak kecil adalah ibu bapa mereka sendiri. Sudah  menjadi kewajiban pasangan ibubapa untuk membantu dan memerhati serta prihatin kepada anak-anak dalam pembacaan mereka khususnya. 

Program ini dibahagikan  kepada  3 slot dan En. Othman sangat menggalakkan kami  untuk  bertanya  sepanjang sesi beliau berjalan.

TAJUK  : 
 Keistimewaan  Phonics
*  Latihan Sebut Bunyi dan Latihan Asosiasi
*  Teknik Mengajar Bunyi  

     1)    Keistimewaan Phonics
Kaedah  terbaik  mengajar  kanak-kanak  membaca? 
                                i.            Kena ajar ABC
                              ii.            Kena ajar mengeja
                            iii.            Kaedah mengenal suku kata
Kaedah Phonics (bunyi)  :
                                i.            Bunyi yang diwakili 2 simbol tetapi bunyinya adalah satu .
                              ii.            Bunyi dalam bahasa pertuturan (speech  sounds)
                            iii.            Bunyi-bunyi diwakili simbol-simbol.

PERATURAN :
-          Kenal bunyi dahulu, bukan ABC, kerana bunyi lebih kerap digunakan daripada nama huruf.
-          Jangan campur “ bunyi” dan “ nama  huruf”.

      2)      Latihan Sebut Bunyi dan Latihan Asosiasi
Bagaimana mereka membaca? 
        i.            Gabung huruf phonics  n  a  =  na
      ii.            Ajar bunyi dan gabung

PERATURAN :
-          Ajar gabung bunyi, bukan mengeja perkataan dan tidak menghafal suku kata.
-          Ajar ABC apabila anak telah lancar membaca! 

      3)       TEKNIK  MENGAJAR  BUNYI
KEMAHIRAN  1
Tahu bunyi-bunyi kecil dalam Bahasa Melayu :
* kait satu aksi relevan dengan bunyi
* belajar secara kinestetik

TEKNIK  :
* Mengajar bunyi dahulu dan dengar
         - dapatkan perhatian
         - tunjukkan kedudukan mulut, lidah, bunyi
         - sebut bunyi 5x
         - tanya pelajar

KEMAHIRAN  2
Teknik mengajar  :
                                           i.  Mengajar membaca
                                         ii.  Mengajar bunyi
                                      iii.  Mengajar simbol
                                       iv.  Mengajar gabung - bunyi

TEKNIK :
-          Mengajar  Simbol (membuat aktiviti)
1) Menyentuh kad huruf berpasir
2)  Guna playdoh
3) Menulis huruf
- tekap
- salin
- imlak
           4) Menulis, uji minda

-          Mengajar gabung bunyi
 Langkah  asas :
                                            i. Tunjuk kad berkawan 
                                          ii. Sebut bersama murid
                                       iii.  Murid saja sebut    e.g :  n  a   

In sya Allah, semoga apa yang dipelajari dalam kursus ini akan saya praktikan kepada anak-anak  syurga saya di Tadika Permata Hidayah. 

Disediakan  oleh :
Teacher Zai 

permatahidayahkuantan.blogspot.my

Friday, 4 November 2016

Hari Ihtifal TPH 2016!

Dengan penuh kesyukuran dan berbesar hati, kami menjemput anak-anak TPH dan seisi keluarga ke Yaumul Ihtifal TPH 2016. Semoga Allah memberkati majlis dan melimpahkan rahmatNya pada kita semua.

Meraikan anak-anak yang telah berusaha dan berkembang dari hari ke hari...
Meraikan guru-guru yang telah mencurahkan kasih sayang dan bakti...
Meraikan peranan utama ibubapa dalam pendidikan anak-anak...
Meraikan keterlibatan masyarakat dalam menyediakan suasana yang baik...




Anak-anak belajar team work dan keberanian sepanjang latihan untuk ihtifal..





Jumpa kami disana!
Teacher Ummi.

Sunday, 2 October 2016

Kursus First Aid And Life Support


Tanggal 24 September 2016, saya telah menghadiri Kursus First Aid & Life Support, bertempat di Kulliyah Farmasi, UIAM. Program yang berlangsung dari pukul 8.30 hingga 1.30 tengahhari ini telah memberi banyak pengetahuan dan input yang berguna untuk diaplikasikan sekiranya berlaku kecederaan atau kecemasan.

Kursus ini terbahagi kepada dua slot iaitu, pembentangan daripada para penceramah manakala yang kedua ialah latihan praktikal kepada para peserta. Kami telah diajar tentang teknik yang betul untuk memberi rawatan kecemasan sekiranya disengat (stung), tercekik (choking), sawan (seizure), melecur (burn), terseliuh (sprain), lemas (drowning) dan lain-lain.

Pembentangan dimulakan oleh Asst. Prof. Dr. Aida Nur Sharini Mohd. Shah, seorang doktor pakar di Bahagian Kecemasan. Menurut beliau, perkara pertama yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan (pengsan, disengat, pendarahan, strok) ialah dengan melihat persekitaran mangsa. Perkara ini sangat penting untuk menjamin keselamatan kita sebagai penyelamat. Setelah memastikan persekitaran yang selamat, barulah kita pergi ke mangsa dan melihat keadaan mangsa. Simptom-simpton yang ditunjukkan berbeza jadi kita perlulah mengesan apakah yang berlaku kepada mangsa. Jangan lengahkan masa dan terus meminta orang lain menelefon 999 barulah diteruskan dengan rawatan kecemasan.

Harus diingat, keselamatan diri sendiri harus diutamakan. Sekiranya kita tidak yakin, atau risau perkara buruk berlaku kepada kita seperti jangkitan, maka kita tidak dipaksa untuk memberi rawatan kecemasan tersebut.

Dalam sesi kedua, kami diberi latihan praktikal oleh fasilitator yang berpengalaman. Dalam sesi ini, kami ditunjuk dengan cara-cara yang betul untuk memberi rawatan kecemasan. Kami juga diajar teknik CPR yang tepat.




CPR perlulah dilakukan sekiranya mangsa tidak sedarkan diri. CPR perlulah dilakukan mengikut nisbah 30:2, iaitu 30 compression dan 2 pernafasan dan perlu dilakukan dalam tempoh 2 minit. Namun begitu, untuk bystanders CPR, kita hanya digalakkan untuk melakukan compression sahaja sehingga bantuan tiba. Implikasi CPR ialah rib fracture namun teknik ini sangat penting untuk mengurangkan risiko kematian. Teknik ini memerlukan stamina yang sangat tinggi jadi kita disaran untuk melakukan CPR secara bergilir-gilir dengan orang lain sehingga bantuan tiba.


Saya berasa amat bertuah diberi peluang keemasan untuk menghadiri kursus ini kerana telah didedahkan teknik-teknik yang boleh digunapakai semasa kecemasan. Bak kata pepatah, malang tidak berbau, jadi dengan adanya pengetahuan berguna ini diharap dapat membantu mengurangkan risiko lebih besar kepada pesakit sementara menunggu bantuan tiba. 



Catatan ringkas,
Cikgu Athirah
permatahidayahkuantan.blogspot.my

Saturday, 6 August 2016

Taklimat Pengurusan Penyakit Berjangkit (Slot 1 & 2)


Tarikh : 15 Jun 2016
Tempat : Dewan Makmur, Kompleks Kastam Kuantan.

Alhamdulillah, saya telah menghadiri Taklimat Pengurusan Penyakit Berjangkit Kepada Pengusaha & Pengasuh Pusat Jagaan Kanak-Kanak Peringkat Daerah Kuantan. Taklimat ini telah dibahagiakan kepada 4 slot. Berikut adalah sedikit catatan untuk perkongsian semua. Mudahan bermanfaat.

SLOT 1 : PENYAKIT BERJANGKIT DI TASKA/TADIKA
Oleh : Dr. Dewi

1) Penyakit berjangkit boleh disebarkan secara langsung atau tidak langsung daripada seorang individu kepada individu lain. Manakala, penyakit tak berjangkit tidak boleh disebar.

2) Penyakit berjangkit disebarkan melalui :

  • Udara (Pernafasan) : Tibi, measles, chicken pox
  • Sentuhan : Scabies, Kudis buta
  • Pernafasan / Mata
  • Cecair badan spt hubungan seksual
  • Bawaan makanan/ air
3) Risiko penyakit berjangkit lebih tinggi di taska/tadika kerana :
  • ramai kanak-kanak, dimana kanak-kanak kurang daya tahan berbanding dewasa;
  • ruangan yang terhad;
  • berkongsi ruang dan permainan;
  • imuniti anak-anak yang rendah;
  • aktiviti / kelakuan kanak-kanak spt memasukkan mainan dalam mulut;
  • pelbagai latarbelakang.
4) Trend peningkatan penyakit berjangkit di Daerah Kuantan, dimana
  • HMFD pada tahun 2015 (38 kes), tetapi pada Jan-Mei 2016 (142 kes).
5) Demam campak adalah jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit (90% jika tidak divaksin). Tempoh berjangkit ialah 4 hari sebelum dan selepas ruam timbul. Pesakit akan mengalami demam, ruam, batuk, sakit mata dan selesema. Komplikasi yang mungkin berlaku ialah :
  • jangkitan pada telingan : menyebabkan pekak;
  • jangkitan pada paru-paru
  • jangkitan pada selaput otak.
6) HMFD boleh merebak melalui cecair spt najis (lampin), batuk dsb. Pesakit akan mengalami demam, ruam pada tangan dan kaki, blister pada gusi dan lidah, juga kurang selera makan. Akibatnya. kanak-kanak boleh mengalami dehidrasi kerana tidak makan dan minum.

7) Scabies merebak melalui sentuhan. Ianya jangkitan oleh kutu yang mengakibatkan gatal terutama pada waktu malam dan berlaku ruam/ blister pada kulit di celah jari.

8) Conjunctivitis / sakit mata juga merebak melalui sentuhan yang mengakibatkan mata menjadi merah, bengkak dan berair. Sakit mata akan berjangkit jika disebabkan virus atau bakteria, tetapi tidak berjangkit jika disebabkan alergi. Tempoh berjangkit adalah dari mula gejala hingga tiada cecair yang keluar. Apabila antibiotik sudah diambil dalam tempoh 24 jam, ianya tidak berjangkit lagi.

SLOT 2 : GARIS PANDUAN PENGENDALIAN TASKA/TADIKA BAGI MENCEGAH PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT
Oleh : Dr. Zulfadhli

1) Langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan termasuklah :

  • amalan disinfeksi peralatan menggunakan clorox/ dettol dsb. Tombol pintu dan kepala paip antara yang perlu kerap disinfeksi;
  • amalan mencuci tangan (7 langkah);
  • elak menyediakan makanan berhampiran tandas;
  • penyimpanan makanan dengan baik di dapur;
  • pengasingan makanan dalam peti sejuk;
  • makanan dan susu yang disiap perlu dihidang terus. Apabila melebihi 4 jam, risiko kuman merebak;
  • mendapat suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendalian makanan;
  • cikgu yang sakit elak dari menyediakan makanan.
2) Penjagaan kebersihan bermula dengan amalan 7 langkah mencuci tangan. Tangan perlu dicuci apabila :
  • setibanya di taska/tadika;
  • sebelum pulang ke rumah;
  • sebelum makan/minum/ beri susu;
  • selepas ke tandas/ menukar lampin;
  • selepas memegang haiwan;
  • selepas memegang/ sapu ubat.
3) Taska/ Tadika perlu ada rekod imunisasi pelajar. Pada 2016, ada sedikit perubahan dalam jadual imunisasi.

4) Melakukan penyaringan kanak-kanak setibanya di taska/tadika :
  • dilakukan di bilik khas;
  • sebelum kanak-kanak bercampur dengan kawan;
  • mengasing pelajar sakit di bilik khas;
  • bertanya kepada ibubapa tentang sakit/ keadaan kanak-kanak pagi itu;
  • memeriksa suhu badan;
  • Gejala yang perlu disaring termasuklah demam dengan suhu melebihi 37.5, selesama, batuk, cirit-birit, ruam/lepuh/ kudis dan sakit mata. Pelajar ini tidak boleh hadir dan haruslah dibawa pulang.
5) Membuat polisi pengecualian untuk edaran dan makluman ibubapa berkenaan penyakit berjangkit.

6) Penutupan premis jika pengesanan kes aktif dan tidak menjaga kebersihan di bawah Akta Kawalan & Pencegahan Penyakit Berjangkit.

7) Untuk mendapatkan lesen taska/tadika :
  • buat permohonan bertulis kepada Pejabat Kesihatan Daerah. Lawatan pemeriksaan akan dilakukan;
  • mendapatkan suntikan tifoid di klinik swasta bagi guru yang mengendalikan makanan;
  • menghadiri kursus pengendalian makanan;
  • menyediakan Peti Pertolongan Cemas yang disimpan di tempat yang sesuai dan diperiksa dari masa ke semasa;
  • menyediakan senarai ibubapa;
  • menyediakan jadual disinfeksi;
  • menyediakan Buku Daftar Pelawat;
  • mempamer signage "Dilarang Merokok" (40 cm x 50 cm)
Disediakan oleh,
Mardhiyah @ Teacher Ummi
permatahidayahkuantan.blogspot.my

Friday, 13 May 2016

Slot Kursus : Bengkel DIY dan Go Green.

Pada 9 April 2016 yang lalu, saya bersama Cikgu Solehah telah mengikuti Bengkel DIY (Do It Yourself) dan Go Green di Taska Suria Imani. Seramai 45 orang peserta telah mengikuti program tersebut. Bengkel ini bertujuan menyokong Kempen Go Green bagi mengurangkan penggunaan sumber alam dan budaya kitar semula. Melalui cara ini, bukan sahaja menjimatkan wang daripada membeli barangan atau mainan plastik tetapi dapat juga menyelamatkan bumi kita.


Semuanya bermula dari diri kita. Go green for a better tomorrow, save today for a better tomorrow. Sebagai guru hendaklah kita menerapkan nilai-nilai sayangkan bumi kepada anak-anak.  Konsep DIY dan Go Green ini mempunyai banyak kelebihan, antaranya :


  • merapatkan hubungan dan kepercayaan antara guru dan pelajar kerana berlaku banyak komunikasi dan sentuhan antara guru dan murid;
  • barang DIY dibuat daripada barang murah atau terbuang yang ditransformasikan menjadi menarik dan bermakna. Kanak-kanak lebih tertarik dengan benda yang cantik;
  • bahan-bahan diperoleh dari sekeliling lebih dekat dengan anak-anak dan membantu mereka mengingat dan memahami;
  • DIY dapat membantu perkembangan fine motor skill dan lain-lain;
  • memupuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam diri kanak-kanak;
  • DIY dapat mengurangkan penggunaan alatan daripada pokok dan plastik, sekaligus menyokong "go green for the future generation".











Walau bagaimanapun, guru harus peka dan memberi perhatian terhadap beberapa perkara dalam melaksanakan projek DIY. Ini termasuklah :
  • senang dan mudah didapati, zero atau low cost. sebaiknya dari bahan terbuang;
  • perlu disesuaikan dengan tahap perkembangan / milestone dan umur kanak-kanak, iaitu menepati teori;
  • menggunakan konsep child centered dan bermain;
  • memastikan keselamatan bahan serta ketahanan ABM (Alat Bantu Mengajar)/mainan;
  • ABM perlu cantik, kemas dan tahan lasak. Fitrah anak suka yang cantik dan berwarna warni;
  • pemantauan dan bimbingan guru ketika aktiviti penggunaan dan proses pembuatan ABM.
Kami merasakan konsep DIY dan Go green ini sangat bertepatan dengan nilai-nilai rabbani dalam diri seorang anak kerana setiap kita adalah khalifah yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alamnya. Budaya kitar semula patut menjadi amalan yang mendarah daging dalam masyarakat kita. 


Sekian perkongsian dari kami,
Teacher Shira dan Teacher Solehah
permatahidayahkuantan.blogspot.my

Sunday, 17 April 2016

Pendaftaran untuk kemasukan tahun 2017 dibuka sekarang.
Mari sertai keluarga TPH.
"Insan Rabbani Pintar Ceria Taqwa"


Sunday, 6 March 2016

Slot Kursus : Kursus Asas Read Easy.




Alhamdulillah, saya berasa bertuah sekali kerana telah dihantar oleh TPH bagi mengikuti Kursus Asas Read Easy pada 28 Februari lalu bertempat di Hotel Sri Manja Boutique, Kuantan. Disana saya berpeluang bertemu dengan pakar merangkap pengasas dan pengurus Read Network, Encik Othman Ahamad bagi menimba ilmu sebanyak mungkin tentang asas mengajar anak-anak mula membaca dengan kaedah fonetik.

Perbezaan di antara Bacalah Anakku dan Read Easy adalah dari segi bunyi dan pendekatan yang digunakan untuk menggabung bunyi. Terdapat hanya 44 bunyi yang perlu dikuasai oleh anak-anak berbanding dengan menggunakan kaedah lain.

1) Phonics is the best
Membaca perkataan di dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dieja seperti membaca perkataan di dalam Bahasa Malaysia.
Jadi sebab itulah phonics is the best way to teach reading in English. 

Sound --> speech sounds (words are made up of sound)

'Reading' is by blending the sound. Kaedah gabung bunyi di sini adalah menggunakan kaedah 'synthetic phonics'. Bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf, kemudian menggabungkan setiap bunyi menjadi 1 perkataan. (eg; |k|, |ae|, |t| = cat).
Anak-anak perlu kuasai bunyi huruf (sounds @ phonemes) dan seterusnya perlu kuasai simbol y mewakili bunyi tersebut (symbols, graphemes). Selepas sudah kuasai sound-to-symbol association, barulah anak-anak boleh menggabungkan bunyi kepada perkataan (decoding).

2) Basic sound code
Kami telah diajar beberapa asas bunyi. Terdapat banyak simbol yang mewakili bunyi yang sama, contohnya; bunyi |k| mewakili simbol c (cat), k (kite), ck (lock), dan ch (school). Terdapat 12 bunyi vokal dalam Bahasa Inggeris berbanding 6 di dalam Bahasa Malaysia. Bunyi vokal juga terbahagi kepada 2: pendek dan panjang. Pendek seperti contoh |I| sit, panjang seperti contoh |i:| seat.

3) Teaching techniques
Peraturan fonik;
a) Memperkenalkan 
bunyi.
b) Jangan campur bunyi dan nama huruf. Sebolehnya cari lagu yang tidak bercampur bunyi dan nama huruf.
c) Memperkenalkan konsep gabung bunyi. Elakkan anak-anak dari menghafal perkataan.


Tips mengajar Read Easy;
- Perlu banyak pengulangan. Ulang secara berkumpulan, individu dan bersama guru. Anak anak akan mudah mengingat melalui kaedah pengulangan.
- Do action!
Guru guru perlu kreatif dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Contoh;
a = pegang pemanah dan anak panah
b = menimbang bola
c = batuk
Lakukan bersama anak anak dan jadikan pembelajaran suatu proses yang menarik dan seronok.

Itulah serba sedikit apa yang dapat saya kongsikan bersama sepanjang Kursus Asas Read Easy. Semoga ianya bermanafaat untuk semua.

Setiap anak adalah berbeza dari segi penerimaan terhadap sesuatu pembelajaran, jadi usahlah merasa putus harapan dalam mengajar sesuatu yang baru terhadap mereka. Sebaliknya cipta sesuatu kaedah atau situasi yang menarik untuk dipelajari, kerana mungkin salah satu kaedah yang kita fikirkan itu boleh terus diterima dengan mudahnya oleh mereka. Peringatan kepada diri sendiri juga. Semoga kita lebih sukses dalam mendidik anak anak.

Salam sayang,
Cikgu Ros
permatahidayahkuantan.blogspot.my

Thursday, 3 March 2016

Slot Kursus : Kursus Intensif Kaedah Mengajar Bacalah Anakku.

             Sabtu 27 Februari 2016 yang lepas saya telah diberi peluang menghadiri Kursus Intensif Kaedah Mengajar Membaca Bahasa Melayu melalui Pendekatan Fonik Gabung-Bunyi oleh pengasas buku Bacalah Anakku En Othman Bin Ahamad yang bertempat di Hotel Sri Manja Kuantan.

            Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kaedah fonik dalam mengajar dan membaca Bahasa Melayu bagi kanak-kanak seawal 3 hingga 8 tahun. Satu ungkapan yang dikongsikan penceramah yang menarik perhatian saya ialah, “Literasi bukanlah satu  anugerah, tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak”.

            Melalui kaedah ini, kanak-kanak tidak diajar A,B,C, tetapi mereka hanya perlu mengetahui bunyi yang dikaitkan dengan simbol ( huruf ) yang diajar. Kanak- kanak hanya perlu menggabung bunyi untuk boleh membaca. Melalui kaedah ini, insyaAllah kanak-kanak dapat terus membaca bukan sahaja perkataan mudah malahan juga perkataan yang panjang dengan cepat dan lancar walaupun baru berusia 3 atau 4 tahun.

            Apakah itu kaedah fonik? Ia adalah bunyi dalam bahasa pertuturan (speech sounds) dan bunyinya diwakili oleh simbol-simbol tertentu. Kaedah ini dimulakan dengan 3 vokal yang banyak digunakan dalam Bahasa Melayu dan mudah disebut iaitu “a i u”. Ini diikuti dengan 5 konsonan dalam Bahasa Melayu. Tambahan pula, kaedah fonetik ini diajar dengan membunyikan bunyi huruf bukan mengenal nama huruf contohnya ‘b’ bunyinya ‘beh’ ‘a’ bunyinya ‘a’. Tulisan dalam bukunya pula menggunakan dua warna iaitu merah dan hitam untuk membantu pengecaman koordinasi mata-tangan semasa membaca teks.

            Terdapat 4 peraturan yang dikongsikan oleh En Othman, antaranya ialah :
Peraturan 1   - mengajar kanak-kanak mengenal bunyi dahulu bukan nama huruf a,b,c;
Peraturan 2   - tidak mencampur adukkan bunyi huruf dan nama huruf;
Peraturan3 -  mengajar gabung-bunyi bukan mengeja perkataan dan tidak menghafal suku kata;
Peraturan 4 - mengajar a,b,c (Nama Huruf) hanya apabila kanak-kanak lancar membaca.

            Pendekatan mengajar yang disarankan oleh pengasasnya ialah mengikut susunan buku, ajar bunyi baru huruf, ajar baca gabung-bunyi bukan mengeja, ajar menulis dan eja ala fonik, buat aktiviti manipulasi bunyi akhir, mengajar kaedah kelas dan p&p secara hands-on.

            Teknik mengajar dalam pendekatan gabung-bunyi ada 6 langkah.
Langkah 1 - memperkenalkan bunyi,
Langkah 2 - ulang sebut bunyi melalui teknik asosiasi,
Langkah 3 - memperkenalkan simbol,
Langkah 4 - mengingat bunyi,
Langkah 5 -  mengingat bentuk dan rupa huruf,
Langkah 6 - memperkenalkan huruf dalam buku.


           Sesungguhnya setiap anak memiliki kemampuan dan keupayaan berbeza. Dan tugas kita sebagai seorang pendidik hanyalah untuk membawanya meneroka dan mencuba pelbagai kemahiran. Mungkin ada pelajar yang sesuai dengan kaedah ini, dan mungkin ada yang tidak. Namun kita sebagai guru hanya berusaha dengan sebaik mungkin. Moga ilmu dan pengalaman yang baru saya dapatkan hari ini dapat saya manfaatkan untuk anak didik TPH!

Cikgu Mimie,
permatahidayahkuantan.blogspot.my

Saturday, 27 February 2016

Slot Kursus : Bengkel Muzik dan Pergerakan Kanak-kanak

Bengkel Muzik dan Pergerakan Kanak-Kanak

Tarikh    :               20 Februari 2016 (Sabtu)
Masa      :               9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat   :              Pusat Latihan Tinta Ori, Kuantan.


Alhamdulillah, pada sabtu lepas kami telah mengikuti Bengkel Muzik dan Pergerakan Kanak-Kanak yang dikendalikan oleh Puan Norhanam binti Sulong dari Kuala Lumpur. Peserta bengkel ini terdiri dari pengasuh taska, guru tadika dan guru pendidikan khas.



Di dalam bengkel ini, kami didedahkan dengan lagu-lagu lama yang berunsurkan nasihat dan pengajaran. Antaranya lagu seperti Anak Itik, Jong-jong Inai, pantun nasihat dan syair. Terdapat juga pergerakan dalam lagu seperti Jalur Gemilang dan Anak Permata. Pergerakan ini mudah diikut oleh kanak-kanak. Rangkap yang pendek, rentak yang mudah dan pengulangan yang kerap akan memudahkan kanak-kanak untuk mengikuti guru menyanyi.

 Setiap pergerakan boleh meransang kreativiti dan psikomotor mereka. Kami juga belajar pergerakan badan dari lagu Twinkle Little Star dan aplikasi konsep sains, yakni perubahan siang dan malam. Peserta juga didedahkan dengan bagaimana untuk menggunakan deria, emosi dan pergerakan fizikal semasa menggayakan gerakan melalui video lagu-lagu yang dipertontonkan.


Penggunaan pelbagai alat muzik juga boleh dihasilkan melalui bahan terbuang. Contohnya menggunakan tong cat untuk menjadi gendang, menggunakan tempurung kelapa dan sebagainya. Melalui muzik dan menyanyi, kanak-kanak dapat mempelajari perkataan baru dan memambah kosa kata mereka. Melalui nyanyian juga kanak-kanak dapat menceritakan bagaimana perasaan mereka, samaada sedih, gembira, takut dan lain-lain.

Sebaiknya pelajar disediakan ruangan yang sesuai untuk aktiviti pergerakan. Guru boleh melakukan aktiviti lokomotor, iaitu pergerakan dari satu tempat ke satu tempat. Aktiviti yang boleh dilakukan antaranya :
-          Berjalan ke hadapan, ke sisi kiri dan kanan;
-          Berjalan dan mengimbang badan di atas garisan atau tali di atas lantai;
-          Berlari dengan lakuan yang betul;
-          Berlari bebas pelbagai arah;
-          Merangkak dengan lakuan yang betul;
-          Berjalan mengundur dengan lurus; dan
-          Berjenket beberapa langkah ke arah tertentu.

Jika ruangan sempit dan terhad, guru boleh menggunakan kaedah melakukan kemahiran kasar bukan lokomotor seperti :
-       Membuat pergerakan tangan seperti menghayun tangan, menolak kotak, menarik tali dan lain-lain;
-          Berbaring sambil mengangkat kaki;
-          Mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki;
-          Melompat setempat;
-          Menoleh kepada secara perlahan ke kiri dan kanan;
-          Berjengket setempat;
-          Menepuk tangan.

Melalui kaedah ini, kanak-kanak akan mempelajari konsep ruang. Tambahan pula, menggunakan muzik dan pergerakan dapat menambahkan minat kanak-kanak untuk belajar dan meneroka. Guru perlulah memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan kebolehan mereka. Peranan bahasa sangat penting dalam proses pembelajaran. Maka, guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami dan menyediakan aktiviti yang fleksibel.

Ok, itu saja dari kami.

Big fish, small fish 2x
Swimming in the water 2x
Bubble bubble blup 2x

Cikgu Mimie & Cikgu Shira 
permatahidayahkuantan.blogspot.my

Sunday, 31 January 2016

Slot Kursus : Mari Bina Item Sistematik

Assalamu’alaikum para pembaca sekalian, disini saya ingin kongsikan beberapa catatan ringkas mengenai Kursus Pemantapan Profesional anjuran Institut Pendidikan IKRAM Pahang (IPIP) yang saya hadiri sebelum ini iaitu pembinaan item yang sistematik. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Norashikin Musa yang juga merupakan guru di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuantan.

Seorang guru adalah pendidik, pembimbing dan pengajar di dalam kelas. Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada tiga perkara yang menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari aspek agama, nilai dan etiqa.(Panduan malaysia.com: Rossa Calla Jumaat, April 24, 2015). 

Di dalam ayat Al-Quran Allah telah berfirman yang bermaksud, “Dan sesungguhnya balasan bagi seseorang ialah apa yang diusahakannya. Sesungguhnya usahanya itu akan di perlihatkan (kepadanya). Kemudian dibalas dengan balasan yang amat sempurna”. (An-Najm:39-41)

Tajuk kursus ini sangat menarik perhatian saya kerana ianya berkaitan dengan peperiksaan. Dalam kursus ini, saya telah belajar beberapa perkara antaranya ialah :
      Jadual Penentu Ujian (JPU) @ Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Untuk pengetahuan anda, JSU membawa maksud menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item @ soalan.

Kepentingan JSU/JPU:
·          Sebagai panduan kepada pengubal soalan.
·          Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif-objektif pengajaran yang perlu diuji.
·          Menentukan aras soalan dan bilangannya.
·          Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian.
·           Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
·            Membolehkan ujian dibina oleh pengubal-pengubal lain.
·        
      Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom
Mungkin ada di luar sana yang masih keliru tentang JSU ini dan cara bagaimana hendak menggunakannya. Saya akan kongsikan sedikit sebanyak tentangn JSU ini  yang saya perolehi dari kursus tersebut.


  A.    Berikut merupakan contoh Jadual Penentu Ujian/JSU
Bil.
Topik Mata Pelajaran
Aras Kemahiran
1       2        3        4      5       6
Jumlah
1.
Sejarah dan Kita


1.1
Kepentingan Sejarah dalam Kehidupan
S1
1
1.2
Pengertian Sejarah
S2
1
1.3
Ciri-ciri Sejarah
S3      S4
2
1.4
Sumber Sejarah
S5      S6      S7
3
1.5
Kaedah Pengajian sejarah
                    S8     S9
2
1.6
Penafsiran Sejarah
         S10
1

Jumlah
4         3        2       1
10

Dalam jadual di atas, berkenaan dengan aras kemahiran, anda boleh membina soalan berdasarkan tahap-tahap 1-6 iaitu dari soalan yang senang ke soalan yang susah.

B.     Contoh JPU (Item Subjek)
Bil.
Topik Mata Pelajaran
Aras Kemahiran
  1        2       3        4      5     6
Jumlah
Markah
1.
Sejarah dan Kita
1a                
2
1.1
Kepentingan Sejarah dalam Kehidupan
          1b
2
1.2
Pengertian Sejarah
         

1.3
Ciri-ciri Sejarah
                            1c
6
1.4
Sumber Sejarah
                   1d
6
1.5
Kaedah Pengajian sejarah
                            1e
4
1.6
Penafsiran Sejarah
                   


Jumlah
                      
20

Jadual di atas pula menunjukkan sistem permarkahan berdasarkan topik mata pelajaran dan aras kemahiran iaitu bergantung kepada soalan yang dibina. Jika soalan itu senang hanya menamakan atau memberikan maksud mungkin markahnya adalah (2), manakala jika soalannya susah yang memerlukan huraian, anda boleh meletakkan tahap markah seperti dalam jadual di atas iaitu (6).

Sebagai penutupnya, seorang guru yang professional mestilah dapat membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid.

Mashaa Allah betapa hebatnya peranan seorang guru sebagai pendidik dalam membangunkan seorang insan yang Rabbani.  Semoga ilmu ini bermanfaat bagi kita semua


….Jazakakumullahu Khairan Kathira……

Teacher Sue
permatahidayahkuantan.blogspot.my