Tarikh
: 29 Oktober 2016
Tempat
: Sempurna Resort, Indera Sempurna, Kuantan.
Assalamualaikum wrt wbt,
Alhamdullillah pada tarikh
tersebut saya dan Cikgu Lia telah
menghadiri Kursus Bacalah Anakku bersama barisan
para cikgu tadika dari seluruh Pahang. Kami sangat bertuah kerana
enceramah yang memberi kursus ini adalah
pengasas kepada bacaan phonics ini iaitu En. Othman. Di dalam kursus ini, En. Othman telah menerangkan kepada kami beberapa kemahiran
dan teknik untuk
kami gunakan semasa mengajar anak-anak di tadika
nanti.
“Literasi bukanlah satu anugerah tetapi ia adalah hak setiap kanak-kanak”.
Inilah kata-kata daripada pengasas yang peka akan fitrah semulajadi seorang kanak-kanak itu. Kata beliau lagi, orang pertama yang mengajar seorang anak kecil adalah ibu bapa mereka sendiri. Sudah
menjadi kewajiban pasangan ibubapa untuk membantu dan memerhati serta prihatin kepada anak-anak dalam pembacaan mereka khususnya.
Program ini dibahagikan kepada 3 slot dan En. Othman sangat menggalakkan kami untuk bertanya sepanjang sesi beliau berjalan.
TAJUK :
* Keistimewaan Phonics
* Latihan Sebut Bunyi dan Latihan Asosiasi
* Teknik Mengajar Bunyi
1) Keistimewaan Phonics
Kaedah terbaik
mengajar kanak-kanak membaca?
i.
Kena ajar ABC
ii.
Kena ajar mengeja
iii. Kaedah mengenal suku kata
Kaedah Phonics (bunyi) :
i.
Bunyi yang diwakili 2 simbol tetapi bunyinya adalah satu .
ii.
Bunyi dalam bahasa pertuturan (speech sounds)
iii.
Bunyi-bunyi diwakili simbol-simbol.
PERATURAN :
-
Kenal bunyi dahulu, bukan ABC, kerana bunyi lebih kerap digunakan daripada nama huruf.
-
Jangan campur “ bunyi” dan “ nama huruf”.
2) Latihan Sebut Bunyi dan Latihan Asosiasi
Bagaimana mereka membaca?
i.
Gabung huruf phonics
n a = na
ii.
Ajar bunyi dan gabung
PERATURAN :
-
Ajar gabung bunyi, bukan mengeja perkataan dan tidak menghafal suku kata.
-
Ajar ABC apabila anak telah lancar membaca!
3) TEKNIK
MENGAJAR BUNYI
KEMAHIRAN 1
Tahu bunyi-bunyi kecil dalam Bahasa Melayu :
* kait satu aksi relevan dengan bunyi
* belajar secara kinestetik
TEKNIK :
* Mengajar bunyi dahulu dan dengar
- dapatkan perhatian
- tunjukkan kedudukan mulut, lidah, bunyi
- sebut bunyi 5x
- tanya pelajar
KEMAHIRAN 2
Teknik mengajar
:
i. Mengajar membaca
ii. Mengajar bunyi
iii. Mengajar simbol
iv. Mengajar gabung - bunyi
TEKNIK :
-
Mengajar Simbol
(membuat aktiviti)
1) Menyentuh kad huruf berpasir
2) Guna playdoh
3) Menulis huruf
- tekap
- salin
- imlak
4) Menulis, uji minda
-
Mengajar gabung bunyi
Langkah asas :
i. Tunjuk kad berkawan
ii. Sebut bersama murid
iii. Murid saja sebut e.g
: n a
In
sya Allah, semoga apa yang dipelajari dalam kursus ini akan saya praktikan kepada anak-anak
syurga saya di Tadika Permata Hidayah.
Disediakan oleh :
Teacher Zai
permatahidayahkuantan.blogspot.my
No comments:
Post a Comment