Sabtu
27 Februari 2016 yang lepas saya telah diberi peluang menghadiri Kursus
Intensif Kaedah Mengajar Membaca Bahasa Melayu melalui Pendekatan Fonik
Gabung-Bunyi oleh pengasas buku Bacalah Anakku En Othman Bin Ahamad yang
bertempat di Hotel Sri Manja Kuantan.
Objektif utama kursus ini diadakan
adalah untuk memperkenalkan kaedah fonik dalam mengajar dan membaca Bahasa
Melayu bagi kanak-kanak seawal 3 hingga 8 tahun. Satu ungkapan yang dikongsikan
penceramah yang menarik perhatian saya ialah, “Literasi bukanlah satu anugerah, tetapi ia adalah hak setiap
kanak-kanak”.
Melalui kaedah ini, kanak-kanak
tidak diajar A,B,C, tetapi mereka hanya perlu mengetahui bunyi yang dikaitkan
dengan simbol ( huruf ) yang diajar. Kanak- kanak hanya perlu menggabung bunyi untuk
boleh membaca. Melalui kaedah ini, insyaAllah kanak-kanak dapat terus membaca
bukan sahaja perkataan mudah malahan juga perkataan yang panjang dengan cepat
dan lancar walaupun baru berusia 3 atau 4 tahun.
Apakah itu kaedah fonik? Ia adalah
bunyi dalam bahasa pertuturan (speech
sounds) dan bunyinya diwakili oleh simbol-simbol tertentu. Kaedah ini
dimulakan dengan 3 vokal yang banyak digunakan dalam Bahasa Melayu dan mudah
disebut iaitu “a i u”. Ini diikuti dengan 5 konsonan dalam Bahasa Melayu.
Tambahan pula, kaedah fonetik ini diajar dengan membunyikan bunyi huruf bukan
mengenal nama huruf contohnya ‘b’ bunyinya ‘beh’ ‘a’ bunyinya ‘a’. Tulisan
dalam bukunya pula menggunakan dua warna iaitu merah dan hitam untuk membantu
pengecaman koordinasi mata-tangan semasa membaca teks.
Terdapat 4 peraturan yang
dikongsikan oleh En Othman, antaranya ialah :
Peraturan
1 - mengajar kanak-kanak mengenal bunyi
dahulu bukan nama huruf a,b,c;
Peraturan
2 - tidak mencampur adukkan bunyi huruf
dan nama huruf;
Peraturan3
- mengajar gabung-bunyi bukan mengeja perkataan
dan tidak menghafal suku kata;
Peraturan
4 - mengajar a,b,c (Nama Huruf) hanya apabila kanak-kanak lancar membaca.
Pendekatan mengajar yang disarankan
oleh pengasasnya ialah mengikut susunan buku, ajar bunyi baru huruf, ajar baca
gabung-bunyi bukan mengeja, ajar menulis dan eja ala fonik, buat aktiviti
manipulasi bunyi akhir, mengajar kaedah kelas dan p&p secara hands-on.
Teknik
mengajar dalam pendekatan gabung-bunyi ada 6 langkah.
Langkah
1 - memperkenalkan bunyi,
Langkah
2 - ulang sebut bunyi melalui teknik asosiasi,
Langkah
3 - memperkenalkan simbol,
Langkah
4 - mengingat bunyi,
Langkah
5 - mengingat bentuk dan rupa huruf,
Langkah
6 - memperkenalkan huruf dalam buku.
Sesungguhnya
setiap anak memiliki kemampuan dan keupayaan berbeza. Dan tugas kita sebagai
seorang pendidik hanyalah untuk membawanya meneroka dan mencuba pelbagai
kemahiran. Mungkin ada pelajar yang sesuai dengan kaedah ini, dan mungkin ada
yang tidak. Namun kita sebagai guru hanya berusaha dengan sebaik mungkin. Moga
ilmu dan pengalaman yang baru saya dapatkan hari ini dapat saya manfaatkan
untuk anak didik TPH!
Cikgu Mimie,
permatahidayahkuantan.blogspot.my
No comments:
Post a Comment