Sebelum kita adalah apa-apa, yang utama ialah sebagai hamba Allah seperti dalam firmanNya Al-Ana'am :165.
Misi kita para guru lebih besar, lebih agung, tak cukup sekadar mengajar, menulis dan membaca sahaja. Misi pendidikan kita mengajak keluar dari kesempitan dunia, kepada keluasan akhirat. Abdullah Nasih Ulwan (1994) menuliskan bahawa pembangunan sahsiah terdiri dari 4 unsur dasar, iaitu pembinaan aqidah, ibadah, akhlak dan penampilan.
Prof Omar Al-Toumi Al-Syibani menyebutkan sifat yang harus ada pada seorang guru muslim ialah :
》 sifat kerohanian : iaitu keimanan yang kental kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat. Di sana ada yang mencatat!
》sifat akhlak : diantaranya termasuklah penyayang, sabar, amanah dan ikhlas. Mestilah bercakap benar dan jujur, menepati janji, mendahulukan orang lain, cekal dan tabah.
》sifat fizikal : sihat tubuh badan, menutup aurat, perwatakan bersih dan kemas.
.》sifat mental/cara berfikir : cergas, cenderung kepada pelbagai bidang, luas pengetahuan am, berfikiran positif, menguasai matapelajaran dan mengenal ciri atau watak dan keperluan/ kecenderungan anak, bijak dan petah dalam penyampaian.
》sifat kejiwaan : selalu tenang, optimistik, mempunyai kemahuan yang kuat dan perasaan rahmah kepada anak.
Sesungguhnya segala tindak tanduk saya kepada anak didik akan mengesani kehidupan mereka. G uru adalah qudwah, kerana bahasa qudwah lebih berkesan daripada bahasa lisan.
The most important characteristic for teacher of early childhood development is ENTHUSIASM AND PASSION FOR CHILDREN. Wanting to make a difference to each and every child. And to have the drive to unlock every child's door to learning.
Tanggungjawab dan cabaran guru adalah luas :
》terhadap anak didik
》terhadap anak didik
- mengutamakan kebajikan dan keselamatan anak;
- bersikap adil terhadap setiap orang;
- berpakaian, pertuturan, tingkahlaku sebagai qudwah hasanah;
- membuat persediaan mengajar;
- meningkatkaan kecekapan dalam pengajaran;
- bertugas sebagai pengganti ibubapa;
- tumpu perhatian terhadap keperluan setiap pelajar;
- mendidik dan ambil tindakan secara adil.
》terhadap ibu bapa
》 terhadap masyarakat
》 terhadap rakan sekerja
- elak dari merendahkan;
- tidak melibatkan diri dengan kegiatan yang mengurangkan kecekapan sebagai guru;
- rajin dan bersungguh;
- sentiasa membantu sesama;
- mengawasi diri.
》 terhadap diri
- keselamatan diri;
- prihatin terhadap diri;
- fahami kekuatan dan kelemahan diri untuk dipertingkatkan;
- tingkatkan ilmu, skil dan kemahiran.
Dengan ini marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan meningkatkan lagi usaha mendekatkan diri dan memahami anak-anak. Semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat kelak... amin Ya Rabb.
Dengan ini marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan meningkatkan lagi usaha mendekatkan diri dan memahami anak-anak. Semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat kelak... amin Ya Rabb.
Amal anak didik saya menjadi saham akhirat saya!
Cikgu Shira.
permatahidayahkuantan.blogspot.my
No comments:
Post a Comment