No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Thursday 8 February 2018

TAKLIMAT KEIBUBAPAAN 1/ 2018


TAKLIMAT KEIBU BAPAAN

Alhamdulillah dan syukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia dan rahmatNya kami Tadika Permata Hidayah 1 & 2 telah berjaya menganjurkan Taklimat Keibubapaan pada 4 Februari 2018 (Ahad) bertempat di Dewan Al-Buruj, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar. Taklimat ini merupakan acara pembukaan bagi sesi persekolahan 2018.  


Kehadiran ibubapa yang menggalakkan memberi kami semangat untuk meneruskan program keibubapaan seperti ini lagi. Taklimat ini dibahagikan kepada dua slot. Slot 1 ialah Mengenali TPH oleh Pn. Mardhiyah binti Mat Hussin, Pengurus Tadika Permata Hidayah. Daripada slot 1 ini, ibu bapa dapat mengetahui tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, aktiviti-aktivti dan pendekatan TPH dalam memastikan pelbagai potensi pelajar berkembang. Melalui persefahaman ini, kerjasama erat antara guru dan ibubapa dapat diperkukuhkan demi manfaat anak-anak yang sedang dibina. InsyaAllah, gabungan kerjasama dan silaturahim ini memberi banyak kebaikan untuk semua.



Slot 2 pula bertajuk “Pornography, Do We Know What Our Children Know” yang disampaikan oleh Dr. Bisha Fathamah binti Uzir, Trainer Malaysians Against Pornography Pahang. Penyampaian Dr. Bisha sangat membuka mata berkaitan bahaya pornography di kalangan anak-anak dan kesan bahaya darinya. Fakta-fakta yang menggerunkan dibentangkan sebagai pendahuluan taklimat ini untuk memberi gambaran betapa bahayanya penularan bahan pornography di negara kita.



Kesan ketagihan pornography yang merosakkan lima bahagian otak berbanding kesan ketagihan dadah yang merosakkan tiga bahagian otak ini perlu dititik beratkan.  Oleh itu setiap guru, ibu bapa dan ahli masyarakat berperanan penting dalam menghadapi cabaran membesarkan anak-anak di zaman ini.  Guru dan ibu bapa haruslah melengkapkan diri dengan ilmu dan kefahaman untuk membentengi diri dan keluarga dari bahaya pornography. Pasukan MAP Pahang juga membuka mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk menjemput memberi ceramah kesedaran tentang perkara ini. Modul MAP dibangunkan untuk pelajar prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, IPT dan ibu bapa ahli masyarakat yang berminat.

Diharapkan taklimat ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Catatan Ringkas,
Teacher Lin
permatahidayahkuantan.blogspot.my

No comments:

Post a Comment