It's Donut Day!
Pada hari ahad bersamaan 4 Februari 2018, Tadika Permata Hidayah telah mengadakan dua program serentak,
Iaitu Taklimat Keibubapaan dan Program Anak-anak “It’s Donut Day”. Seramai 45 orang telah menghadiri taklimat dan 50 orang pelajar berusia 4 hingga 10 tahun menghadiri kelas memasak.
Program Memasak ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai cara membuat donut langkah demi langkah dari mula hingga siap. Proses ini memberi pengalaman bermakna dan pendedahan awal kepada pelajar untuk membuat donut sendiri.
Selepas pendaftaran dilakukan, acara dimulai dengan ice-breaking. Senaman penguin dan chicken dance diketuai oleh Teacher Mimie dan Teacher Shira. Selepas semua berkenalan, peserta diberi penerangan tentang perjalanan aktiviti hari ini, iaitu :
1) Persediaan memasak & Mencuci Tangan 7 Langkah
2) Mengadun bahan-bahan
3) Menguli doh mengikut bentuk
4) Rehat makan pagi (Guru menggoreng doh)
5) Pelajar menyiapkan topping
6) Makan & Bekal
Selepas penerangan dilakukan, Teacher Mimie & Teacher Shira menunjukkan cara mencuci tangan 7 langkah dan peri pentingnya kebersihan tangan semasa penyediaan makanan. Pelajar seterusnya duduk mengikut kumpulan masing-masing bersama guru yang ditugaskan dalam kumpulan tersebut. Setiap kumpulan diberi resepi dan langkah-langkah penyediaan. Pelajar dibimbing untuk membancuh tepung dan mengadun bahan-bahan dengan sukatan yang betul. Mereka bekerjasama dalam kumpulan untuk menuang satu persatu bahan seperti tepung,yis, gula, garam, minyak, shortening dan air.
Siap menguli, mereka membentukkan donut dengan kreativiti masing-masing seperti orang, bintang, bulan dan sebagainya. Setelah selesai membentuk, pelajar dijamu dengan bihun gorang sementara menunggu donut untuk naik selama 30 minit. Seterusnya guru mengoreng donut yang telah dibuat oleh pelajar tadi. Bertukus lumus Teacher Aisyah dan Teacher Ainun menggoreng 50 jenis doh yang dibentuk berbeza-beza.
Selesai menggoreng, pelajar membuat topping untuk donut masing-masing. Kami membuat dua toppings iaitu cream cheese + cornflakes dan hershey’s chocolate syrup + coklat rice. setiap pelajar diminta untuk menyiapkan 2 biji donut kerana satu donut mereka boleh makan setelah siap topping, satu lagi boleh dibawa pulang.
Sebagai penutup, pelajar berkongsi tentang pengalaman mereka membuat donut sendiri. Ada yang tersilap ikut langkah. Ada yang membuat doh terlalu tebal sehingga kurang masak. Ada yang ingin mencubanya sendiri di rumah nanti! Sebagai penghargaan kepada kehadiran dan usaha keras mereka, setiap pelajar diberikan satu goody bag untuk dibawa pulang selain donut yang telah disiapkan tadi. Tahniah kepada semua yang hadir! Semoga Allah memberkati usaha kita ini..
Happy Donut Day!
Teacher Shira
permatahidayahkuantan.blogspot.my
No comments:
Post a Comment