Sesi persekolahan 2018 telah bermula! Minggu pertama di TPH dimulakan dengan Minggu Orientasi dengan aktiviti untuk menyesuaikan diri pelajar dan guru.
Objektif :
1) pelajar dan guru dapat menyesuaikan diri;
2) pelajar seronok ke tadika;
3) pelajar mengenal warna dalam pelbagai aktiviti.
SELASA - 2/1/2018
(Colourful balls for you and me)
Hari pertama di TPH berjalan lancar. Pelajar lama, maupun baru memberikan kerjasama yang sangat baik. Permainan pertama, ialah "muzic bag" dimulakan. Apabila muzik berhenti, pelajar mengambil satu lego tersebut dan memperkenalkan dirinya.
Sesi perkenalan diri menggunakan lagu "What is Your Name?"
Dari permainan ini, pelajar dikenalpasti siapakah yang perlu dibantu untuk mengenali warna.
Permainan ke dua pula dimanakan "ice and water". Permainan ini menguji fokus dan pendengaran pelajar untuk bergerak mengikut arahan. Apabila "water" disebut, pelajar boleh bergerak bebas dan apabila mendengar "ice", semua pelajar mesti berhenti serta merta dan kaku seperti patung. Permainan ini dihentikan apabila semua pelajar telah berjaya mendapat bola warna masing-masing. Bola ini telah diletakkan guru di merata tempat.
RABU - 3/1/2018
(Ingat lagi warna bola semalam?)
Hari ini pelajar membuat playdough sendiri! Mula-mula Teacer Ara menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdough. Teacer Ara kemudiannya menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat playdough.
Anak-anak yang telah duduk mengikut kumpulan masing-masing, kemudiannya diberi bahan-bahan. Dengan bimbingan guru, semua pelajar mampu menyiapkan playdough masing-masing mengikut turutan langkah yang betul. Warna playdough yang pelbagai digunakan bagi menguatkan objektif minggu ini, iaitu mengenal warna.
Setelah siap, pelajar bermain bebas dan menceritakan hasil masing-masing.
KHAMIS - 4/1/2018
(What colours can we use?)
Aktiviti hari ini ialah memasak, Membuat popia wantan sendiri.
Aktiviti dimulakan dengan mencuci tangan mengikut 7 langkah cucian seperti yang telah dipelajari pada tahun 2017. Rata-rata pelajar lama masih mengingat 7 langkah tersebut.
Setelah tangan dicuci, pelajar mula menyiapkan popia wantan masing-masing mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh Teacher Ana sebelumnya. Teacher Ana telah memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjadi isi kepada popia tersebut. Putih - telur puyuh, oren - lobak merah, hijau - timun.
Selesai dimasak, pelajar kemudiannya menikmati popia wantan hasil karya masing-masing. Memang sedap dimakan!
Aktiviti penutup hari ini ialah menyiapkan kolaj apple masing-masing, Pelajar yang menghadapi kesukaran mengupas telur, mengoyak kertas dan tidak boleh tolerate rasa melekit gam telah dikenalpasti.
JUMAAT - 5/1/2018
(My Colourful Pumpkin)
Aktiviti terakhir minggu orientasi ini ialah membuat Birthday Chart masing-masing. Cikgu Shira berkongsi tentang Hari Lahir dan tugasan hari ini. Aktiviti ini berbeza mengikut kelas 4, 5 dan 6 tahun mengikut tahapan mereka. Mewarna, menampal, menyambung strok, menggunting dan menulis.
Selesai aktiviti tersebut dilakukan, sesi story telling dijalankan bersama Teacher Ara.
Alhamdulillah.
Catatan Teacher Zai,
Guru Besar TPH1 2018.
permatahidayahkuantan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment