No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Friday, 5 January 2018

Minggu Orientasi 2018 di TPH2

Sesi persekolahan 2018 telah bermula! Minggu pertama di TPH2 dimulakan dengan Minggu Orientasi Pelajar dengan pelbagai aktiviti dalam kumpulan kecil dan besar.

Objektif :
1) pelajar dan guru dapat menyesuaikan diri;
2) pelajar seronok ke tadika dan boleh bermain bersama kawan baru;
3) pelajar mengenal warna dalam pelbagai aktiviti.


SELASA - 2/1/2018
Memang tak menang tangan cikgu-cikgu hari ini. TPH2 hari ini menerima ramai pelajar baru! Alhamdulillah…. tentu seronok dapat berkenalan dengan ramai.

Aktiviti hari ini dimulakan dengan sesi taaruf, iaitu permainan kotak misteri. Kotak akan digerakkan dari satu pelajar ke pelajar lain. Pelajar memasukkan tangan untuk mengambil bola masing-masing. Pelajar kemudiannya menyebutkan nama dan warna bola tersebut. Dalam permainan ini, pelajar dikenalpasti siapakah yang boleh dibantu untuk mengenali warna.






Aktiviti seterusnya melibatkan permainan dalam kumpulan besar dan kumpulan kecil bagi mengerat hubungan sesama pelajar.

Rabu dan Khamis TPH2 terpaksa ditutup disebabkan banjir. Air telah menaiki jalan masuk dan keluar yang menghalang kenderaan untuk lalu. Alhamdulillah, TPH2 tidak dimasuki air.


JUMAAT - 5/1/2018

Aktiviti hari ini ialah memasak. Membuat popia sendiri.

Aktiviti dimulakan dengan mencuci tangan mengikut 7 langkah cucian seperti yang telag dipelajari pada tahun 2017. Guru membimbing semua pelajar dalam mengingat langkah-langkah tersebut.

Demonstrasi menggulung popia dan penerangan tentang khasiat sayur disampaikan oleh Teacher Lin. Teacher Lin telah memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjadi isi kepada popia tersebut. Putih - ayam & bawang, oren - lobak merah, hijau - timun.

Setiap pelajar mengisi dan menggulung popia masing-masing. Setelah selesai digoreng Teacer Aisyah, pelajar menikmati popia hasil karya masing-masing. Memang sedap dan rangup dimakan panas-panas bersama kawan!

Aktiviti penutup hari ini ialah aktiviti bersama guru kelas masing-masing di dalam kelas. Pelajar diberikan mainan untuk bermain bersama. Mereka kemudiannya menceritakan plot permainan tersebut.



ISNIN - 8/1/2018

Hari ini pelajar membuat playdough sendiri! Aktiviti yang tertangguh disebabkan banjir minggu lepas. Teacher Ros menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdough. Teacher Ros kemudiannya menunjukkan langkah demi langkah perkara yang perlu dilakukan.
Anak-anak mengikut kumpulan kecil kemudiannya diberikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat playdough. Alhamdulillah, dengan bimbingan guru, pelajar dapat menyiapkan playdough masing-masing mengikut turutan langkah yang betul. Warna playdough yang pelbagai digunakan untuk menguatkan objektif minggu orientasi, iaitu mengenal warna.


Setelah siap, pelajar bermain bebas dan menceritakan hasil masing-masing.

******
Selesai sudah minggu orientasi di TPH2. Moga semuanya cepat beradaptasi dengan suasana baru di tadika.

Catatan ringkas,
Teacher Ros
Guru Besar TPH2 2018
permatahidayahkuanytan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment