Alhamdulillah, saya berasa bertuah
sekali kerana telah dihantar oleh TPH bagi mengikuti Kursus Asas Read Easy pada 28
Februari lalu bertempat di Hotel Sri Manja Boutique, Kuantan. Disana saya berpeluang bertemu
dengan pakar merangkap pengasas dan pengurus Read Network, Encik Othman Ahamad bagi menimba ilmu sebanyak mungkin tentang asas
mengajar anak-anak mula membaca dengan kaedah fonetik.
Perbezaan
di antara Bacalah Anakku dan Read Easy adalah dari segi bunyi dan pendekatan
yang digunakan untuk menggabung bunyi. Terdapat hanya 44 bunyi yang perlu
dikuasai oleh anak-anak berbanding dengan menggunakan kaedah lain.
1)
Phonics is the best
Membaca
perkataan di dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dieja seperti membaca perkataan
di dalam Bahasa Malaysia.
Jadi
sebab itulah phonics is the best way to teach reading in English.
Sound
--> speech sounds (words are made up of sound)
'Reading'
is by blending the sound. Kaedah gabung bunyi di sini adalah menggunakan kaedah
'synthetic phonics'. Bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf, kemudian
menggabungkan setiap bunyi menjadi 1 perkataan. (eg; |k|, |ae|, |t| = cat).
Anak-anak
perlu kuasai bunyi huruf (sounds @ phonemes) dan seterusnya perlu kuasai simbol
y mewakili bunyi tersebut (symbols, graphemes). Selepas sudah kuasai sound-to-symbol
association, barulah anak-anak boleh menggabungkan bunyi kepada perkataan
(decoding).
2) Basic
sound code
Kami
telah diajar beberapa asas bunyi. Terdapat banyak simbol yang mewakili bunyi
yang sama, contohnya; bunyi |k| mewakili simbol c (cat), k (kite), ck (lock),
dan ch (school). Terdapat 12 bunyi vokal dalam Bahasa Inggeris berbanding 6 di
dalam Bahasa Malaysia. Bunyi vokal juga terbahagi kepada 2: pendek dan panjang.
Pendek seperti contoh |I| sit, panjang seperti contoh |i:| seat.
3)
Teaching techniques
Peraturan
fonik;
a)
Memperkenalkan
bunyi.
b) Jangan
campur bunyi dan nama huruf. Sebolehnya cari lagu yang tidak bercampur bunyi
dan nama huruf.
c)
Memperkenalkan konsep gabung bunyi. Elakkan anak-anak dari menghafal perkataan.
Tips
mengajar Read Easy;
- Perlu
banyak pengulangan. Ulang secara berkumpulan, individu dan bersama guru. Anak
anak akan mudah mengingat melalui kaedah pengulangan.
- Do
action!
Guru guru
perlu kreatif dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Contoh;
a =
pegang pemanah dan anak panah
b =
menimbang bola
c = batuk
Lakukan
bersama anak anak dan jadikan pembelajaran suatu proses yang menarik dan
seronok.
Itulah
serba sedikit apa yang dapat saya kongsikan bersama sepanjang Kursus Asas Read
Easy. Semoga ianya bermanafaat untuk semua.
Setiap anak adalah berbeza dari segi penerimaan terhadap
sesuatu pembelajaran, jadi usahlah merasa putus harapan dalam mengajar sesuatu
yang baru terhadap mereka. Sebaliknya cipta sesuatu kaedah atau situasi yang
menarik untuk dipelajari, kerana mungkin salah satu kaedah yang kita fikirkan
itu boleh terus diterima dengan mudahnya oleh mereka. Peringatan kepada diri
sendiri juga. Semoga kita lebih sukses dalam mendidik anak anak.
Salam
sayang,
Cikgu Ros
permatahidayahkuantan.blogspot.my