No. 2, Jalan Kampung Padang Sejahtera 2, Taman Kampung Padang Sejahtera, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel : 019-9555028 FB : Tadika Permata Hidayah

Blog ini menghimpunkan nukilan pena guru, staf dan ahli lembaga TPH berkaitan pengalaman dan perkongsian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Moga bermanfaat buat semua.

Friday, 1 December 2017

Slot Kursus : Guru Berjiwa Murabbi Keberkatan Sepanjang Hayat

KURSUS PROFESIONALISME GURU-GURU IPIP 2017

Alhamdullilah pada 27/11/2017 (Isnin) yang lalu, seramai 25 orang terdiri daripada 4 orang guru Tadika Permata Hidayah 1&2 dan selebihnya guru dari Sekolah Rendah Al-Amin Paya Besar telah menghadiri Kursus Profesionalisme Guru bagi slot bertajuk “Guru Berjiwa Murabbi Keberkatan Sepanjang Hayat”. Slot ini telah disampaikan oleh Murabbi Al-Fathil Ustaz Alwi Bin Muda.

Sebelum slot motivasi bermula penceramah memulakan dengan merofa’kan syukur dan setinggi-tinggi pujian kepada Allah s.w.t kerana telah memberi nikmat hidup dan peluang kita bernafas dan hidayah kepada kita menghadiri majlis ilmu ini serta puji-pujian dan selawat keatas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w.

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula, dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. 

Penceramah juga serba sedikit menerangkan pertubuhan IKRAM atas dasar satu pertubuhan dakwah kebajikan serta tarbiah, yang mengambil peduli tentang urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran islam serta tarbiah menegakkan syariah islam Malaysia. Falsafah pendidikan musleh ianya adalah satu proses pendidikan berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan Rabbani yang beriman dan berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentik diri sendiri masyarakat Negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-quran dan Sunnah melalui sistem pendidikan yang bersepadu, seimbang dan menyeluruh dan sentiasa berterusan.

üKelebihan orang yang berilmu beberapa darjat dan diturunkan dalam bentuk amal transform dalam bentuk tindakan
üIlmu yang kita berikan adalah manfaat untuk ummah dan diri kita dan ilmu itu kita amalkan.
üFalsafah pendidikan musleh ialah proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani yang beriman.
üWawasan & misi ikram  - (motto) memperkasakan pendidikan islam
(misi) memperkasa sistem pendidikan islam peringkat rendah dan menengah untuk menjana generasi rabbani melalui pendidikan holistik dan pengurusan professional.
“Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya aku diutuskan oleh Allah sebagai muallim bukan sebagai pengganas”

Siapakah guru?!
Dalam kamus dewan guru diertikan sebagai Pengajar, pendidik , pengasuh (pembimbing dalam proses pembelajaran)
Dipetik daripada kata-kata tentang makna dan maksud guru oleh Mok Soon Sang (1990)” iaitu seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus.
Dalam bahasa arab juga guru diertikan sebagai mudarris iaitu pengajar selain daripada itu guru juga dipanggil sebagai Al-muallim, Al-murabbi, al- muaddib, al-mursyid.
Imam Al-ghazali ada mengatakan”Sesungguhnya mengajar ilmu itu semulia-mulia pekerjaan”.

Penceramah ada menyentuh Wahai guru ………..
Kamu adalah pemilih risalah “mestilah kamu merasa bangga dengan tugas dan sentiasa merasa betapa agungnya risalahnya”. Selain itu, mengajar adalah amanah menyampaikan risalah dan bukan sekadar kerjaya.
“Sesungguhnya aku diutuskan sebagai muallim” (hadith nabi s.a.w)
· Tugas kita dan rasul adalah sama iaitu untuk mendidik dan mentarbiah pelajar/manusia menjadi terdidik.
· Risalah- untuk membina generasi yang mentauhidkan Allah dan guru adalah arkitek ummah.
· Kita (guru) merasai betapa hebatnya tugas kita mendidik pelajar.
· Guru adalah semulia-mulia pekerjaan selepas (نبوة)
· Pemilik risalah- membimbing murid ke jalan yang menghubungkan mereka kepada Allah yang Maha Esa mulianya tugas seorang guru.
· Muallim adalah qudwah diantara kemuliaan tugas dan beban tugas:
ütugas amat sukar
üsebesar mana tugas anda menghadapi kesukaran sebesar itu juga pahala yang akan tunggu di syurga.
Berita gembira kepada Muallim dan muallimah:
1) Sejauh mana sukarnya tugas maka sebesar itulah ganjaran disisi Allah s.w.t. Jangan sekali-kali lupa kamu adalah da’ie daripada Allah s.w.t, pemegang panji-panji umat Islam didalam bilik darjah.
2) Tahniah kerana mengajar manusia  akan kebaikan. Semua penghuni di langit dengan kemuliaan Allah dan juga bumi ,semut, ikan dilautan akan mendoakan orang-orang yang mengajar kepada kebaikan.
· Muallim murabbi :
üMursyid membimbing dalam rehlah menimba pengetahuan.
üMurabbi dalam skop pentarbiahan
üJambatan
üQudwah
üPengkaji

· Kita adalah (murabbi):
üPenyuntik semangat kepada murid kita
üRakan dan teman kepada anak pelajar.
üPembebas dari semua belenggu kejahilan
üPerawat kepada penyakit kemunduran dan keruntuhan moral
üMercu tanda para musafir di perjalanan
üPenyemai nilai mulia dan pelurus tingkah laku
· Bagaimana hendak mewujudkan sikap saling menghormati diantara murid dan guru dengan perwatakan guru kena tegas tapi penyayang.
· Guru yang berjiwa murabbi ialah:
üIkhlas dalam kerjanya
üSepenuh hati dalam melebihi jangkaan iaitu sentiasa bersabar dan berlapang dada
üMenentukan matlamat yang ingin dicapai
üTidak menunda sesuatu pekerjaan
üMenilai kerjanya
üMelaksanakan kerja sesuai dengan semasa
· Mempunyai sifat kepimpinan:
üBersikap dengan sikap terbuka
üKefahaman dan empati
üKesabaran
üKepercayaan dan keyakinan diri
üMampu mengawal diri
üPrihatin
· Kepimpinan موعظة
üNasihat bukan secara terbuka(seni memberikan nasihat)
üPanggilan yang lembut
üElakkan dari memperlekehkan dan menghina
üGabungkan antara nasihat dan gurau senda
· Baik hati dan memahami masalah pelajar
üAmbil berat
üBertimbang rasa
üSedia membantu
üSaling memahami
üSedia memaaafkan
üBersifat terbuka
üMembina  jambatan kasih saying dan perasaan saling mempercayai (siqqah) dengan anak-anak pelajar
üJambatan pertama ialah bermula dari tumbesaran pelajar
· Berilmu dalam bidangnya
üMenguasai sukatan pelajaran dan huraian
üBersedia
üKreatif dan inovatif
üMemahami falsafah pendidikan
üSukses kita bermula daripada langkah yang pertama
üJika langkah kita baik maka baiklah seterusnya
· Mudah bergaul
üBerfikiran terbuka dan rasional
üTersenyum
üJadilah pendengar yang baik
üBuat orang lain rasa kita ni seorang guru yang penting dalam hidup mereka
üJangan mudah berkecil hati
üIngat kebaikan dan lupa kesalahan
Penceramah nasihat kepada murabbi “kalau kita melayani mereka dengan cemerlang , maka mereka akan menjadi insan cemerlang”.
· Menepati masa dan janji
üSurah al-asr
üAmanah dalam kerja
üKeberkatan rezeki
üMendapat kepercayaan dari orang lain
üBerjaya dalam hidup
üSampai awal 10 minit
üMengurangkan risiko kecederaan
üSaling ingat mengingati
· Menjaga perwatakan dan pakaian
üAkhlak adalah asas yang penting dalam agama
üAnda sentiasa diperhatikan
üAmbil berat dalam bergaul, berjalan dan bercakap
üMemberi salam dan bertegur sapa
üBerpakaian yang sesuai
· 2 perkara yang disukai oleh guru kepada pelajar
üHormat guru
üCepat dan mudah paham apa yang guru ajar
· 2 perkara yang pelajar suka kepada gurunya
üKesungguhan
üBerlemah lembut
· Melayan kehendak pelajar
üPelajar adalah pemimpin masa depan
üPelajar perlukan ilmu
· Lemah lembut tetapi tegas (class control)
üIkhlas mendidik
üMelihat pelajar adalah intan berlian
üBergaul dengan pelajar cara baik
· Matlamat
üTerperinci
üBoleh diukur
üBoleh capai target
·  Bermoral tinggi dan bersimpati

4 kategori guru:
üGuru biasa
üGuru yang baik
üGuru yang terbaik cemerlang
üGuru mithali

Secrets of spiritual:
üCommitted
üKnow your student
üConsistent
üProtect and provide (melindungi dan menyumbang/ menyediakan)
üLove their students
üListen actively
üOffer spiritual leadership (kepimpinan kerohanian cth ibadah dan kebersihan)

Hilang sifat guru murabbi
üHilang kusyuk dalam solat
üKurang membaca Al-Quran
üInteraksi yang kurang menyenangkan
üTidak boleh terima nasihat
üTidak meningkatkan kefahaman ilmu islam dalam pendidikan
üTidak bercakap benar
üCuai menunaikan hak/tanggungjawab kepada sekolah, rakan sejawat, ibu bapa, dan murid.

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan kepada semua. Oleh itu, kita sebagai murabbi dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi, seseorang murabbi tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat samada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang murabbi samada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang murabbi di setiap institusi pendidikan.

Catatan dari,
Teacer Ara
permatahidayahkuantan.blogspot.com



Wednesday, 29 November 2017

Slot Kursus : Kelas Kondusif, Murid Terurus

KELAS KONDUSIF, MURID TERURUS
PEMBELAJARAN ABAD KE 21

TARIKH : 29/11/2017(RABU)
MASA : 8.30 - 10.30 PAGI
TEMPAT : SRI AL-AMIN PAYA BESAR, KUANTAN

              Alhamdulillah pada 29/11/2107 yang lalu, saya bersama 3 lagi rakan setugas telah menghadiri Kursus Profesionalisme Guru bagi slot bertajuk, Kelas Kondusif, Murid Terurus Pembelajaran Abad ke 21”. Penyampai slot ini ialah Pn. Hjh Khadijah bt Atan. Peserta yang terlibat adalah guru-guru SRI Al-Amin dan beberapa orang guru TPH.

            Penceramah memulakan dengan ingatan Allah S.W.T yang memberi kita peluang besar untuk meraih pahala sebagai pendidik. Kita haruslah niatkan pekerjaan kita kerana Allah S.W.T. Walau sekecil mana, tetapi jika diniatkan kerana Allah, makan pahalaNya menjadi besar. Allah menjadikan kita berkuasa di muka bumi ini, sebagai khalifah yang mentadbir dan beramal soleh. Sebagai seorang guru juga, kita mestilah menghidupkan hati kita dengan berzikir, membaca Al-Quran dan menghayati maknanya. Selain itu, kita haruslah selalu memperbaharui niat kita dan niat para pelajar.

Visi yang tidak pernah padam. Seperti yang dirakam dalam Al-Quran, Surah An-Nur :
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang diredhaiNya…” (24:55)

            Guru berjiwa murabbi haruslah bersikap lemah lembut terhadap murid-murid, tegas dan ada kawalan kelas yang baik. Seorang guru haruslah ikhlas mendidik pelajar tanpa ada sebarang prasangka. Kita melihat pelajar sebagai intan permata yang perlu digilap dengan baik potensi dan kemampuan mereka. Bergaul dengan baik, dan bertimbang rasa terhadap pelajar sangat perlu kerana pelajar akan selesa apabila kita bersama mereka.

         Seperti yang kita ketahui, di dalam kemahiran abad ke 21 yang ingin dilahirkan adalah murid yang seimbang. Guru perlu memenuhi semua keperluan murid termasuk perkembangan emosi, rohani dan jasmani. Mereka harus terbentuk dengan sifat  berdaya tahan, berprinsip, bermaklumat, patriotik, mempunyai kemahiran berfikir, dapat berkomunikasi dengan baik dan memiliki semangat berpasukan.. Pelajar juga harus disemai dengan sikap semangat ingin tahu. Meraka akan bertanyakan soalan kepada kita sehingga dapat jawapannya, atau kita membantu menunjuk jalan untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Di sini saya juga ingin kongsikan empat kategori guru iaitu :

1) Guru Biasa : sekadar melakukan;
2) Guru Yang Baik : lakukan dan mampu memberi penjelasan;
3) Guru Cemerlang : dirinya sebagai qudwah hasanah;
4) Guru Mithali  : dirinya sebagai qudwah hasanah dan merangsang orang lain menjadi sepertinya.

          Dua perkara yang disukai oleh seorang guru kepada pelajarnya, ialah cepat faham dan hormat kepada guru. Manakala dua perkara yang disukai pelajar terhadap gurunya, ialah menunjukkan kesungguhan dan berlemah lembut dengan mereka.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi psikologi yang sihat, iaitu pendekatan pengajaran dan gaya kepimpinan. Guru adalah orang yang seharusnya memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah. Antara peranan guru dalam bilik darjah ialah :

Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang mahu diajar, membuat persedian lebih awal supaya tidak terkial-kial dihadapan murid. Pilih set induksi yang disukai pelajar dan berubah-ubah mengikut kesesuaian;

Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi seperti menulis impak atau penambahbaikan pada akhir sesi pembelajaran;

Memahami perkembangan dan menyayangi pelajar. Contohnya seperti menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka  dan mengaitkan pengajaran dengan Al-Quran;

menggunakan teknologi terkini  iaitu mahir dalam menggunakan LCD dan aplikasi lain yang membawa kelainan kepada suasana ketika belajar;

memahami psikologi pembelajaran seperti matlamat datang ke sekolah perlu ada dalam diri pelajar bahkan guru juga; dan

memiliki kemahiran kaunseling supaya mudah untuk menyelesaikan masalah emosi dan masalah lain yang dihadapi oleh murid. Perlu ada ‘klinik’ untuk pelajar bermasalah. Mewujudkan budaya memberi salam, dengan dimulakan contoh oleh guru.

Seterusnya pengurusan bilik darjah dan tingkah laku adalah dua situasi yang berbeza. Guru harus memotivasikan murid dengan cara :
mengharap terbaik daripada murid;
membentuk sikap yang diharapkan;
mewujudkan persekitaran yang positif dan kondusif;
melibatkan murid dengan aktif;
Memberikan pembelajaran yang bermakna.

Selain itu, guru juga perlu mengenali generasi yang diajar. Ajarlah mereka ilmu dengan ilmu kontemperori kerana mereka dilahirkan berbeza dari kita dan kita perlu memahami generasi X, Y dan Z. Matlamat pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah juga  boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu :

pengurusan masa : harus merancang masa dengan optimum dan memberikan masa untuk pelajar bersedia;

peluang pembelajaran : harus diagih sama rata;

pengurusan kendiri : pengurusan secara individu atau boleh bertanyakan pendapat orang lain.

Ciri-ciri pelajar abad ke 21 ialah :
- pengembangan kondusif;
- pembelajaran koperatif;
- berfikir secara kritis dan reflektif;
- pelbagai kecerdasan;
- kemahiran belajar untuk belajar.

      Inilah sedikit sebanyak yang dapat kami kongsikan kepada semua. Oleh itu, kita sebagai guru haruslah berusaha menyentuh hati pelajar dan membersihkan hati kita dahulu sebelum mendidik mereka. Ikhlas adalah segala-galanya.

Kami akhiri perkongsian ini dengan sekalung doa

Alangkah indahnya kita di dalam kubur,
bersenang lenang dengan pahala mujahid-mujahid yang sentiasa mengalir kepada kita,
kerana mereka sedang berjuang memartabatkan islam di atas muka bumi ini.
Apabila Allah bertanya kepada malaikatnya,
siapakah gerangan mujahid-mujahid ini?
Lalu para malaikat menjawab :
“mereka ini adalah kelahiran dari usaha-usaha manusia yang bernama KITA”.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayahMu untuk kami menjalankan usaha ini.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Catatan ringkas,
Teacher Shira & Teacher Lin
permatahidayahkuantan.blogspot.com