Slot 1, Pn Hayati memulakan dengan membawa peserta berfikir
tentang perbezaan dalam fasa-fasa kehidupan. Apa yang berlaku ketika seseorang
itu single belum berkahwin dan setelah berkahwin. Tentunya ada
perubahan-perubahan yang berlaku yang menuntut kita untuk menyesuaikan diri (adapt to changes). Peranan sebagai
ibubapa dalam menghadapi realiti kehidupan memerlukan kita bijaksana. Kebijaksaan
dan keupayaan untuk selalu bertenang ketika berdepan dengan cabaran sebagai
ibubapa. Ibubapa perlu memiliki ilmu, iman dan sistem sokongan yang baik untuk membesarkan anak-anak.
Pembentukan jiwa atau character perlulah menjadi fokus utama
di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Tugas ini dipikul oleh orang yang
paling dekat dengan anak tersebut, iaitu kedua ibubapanya. Ibubapalah sebagai role model anak-anak, Memiliki dan membina hubungan yang rapat dengan anak supaya mereka menjadikan ibubapa sebagai tempat merujuk. Selepas itu, tentulah guru-gurunya. Sebab itu, pentingnya kita memilih tempat persekolahan yang memiliki persekitaran/suasana atau biah yang baik.
Pendidikan yang dimulakan dirumah, akan menghasilkan
anak-anak yang telah mendahului 2 hingga 3 tahun dari mereka yang baru hendak
bermula di sekolah. Inilah yang disebut rumah sebagai early excellence center. Setiap anak-anak itu dilahirkan hebat,
maka ibubapa-lah yang mencorakkannya. Kita tidak perlu membanding-bandingkan
anak, kerana setiap anak memiliki kehebatan tersendiri. Apa yang perlu kita
buat ialah fokus kepada apa yang dia boleh lakukan dahulu, dan bimbing supaya
boleh melakukannya dengan lebih baik. Mengembangkan potensi si anak yang
mempunyai kecenderungan tersendiri! Tidak ada kayu pengukur yang sama pada
semua anak-anak.
Pn Hayati kemudian membawa peserta mentadabbur firman Allah
dari Surah Yunus : 24 – 25.
{إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزلْنَاهُ مِنَ
السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ
وَالأنْعَامُ حَتَّى إِذَا أَخَذَتِ الأرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ
أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلا أَوْ
نَهَارًا فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا كَأَنْ لَمْ تَغْنَ بِالأمْسِ كَذَلِكَ
نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (24) وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى دَارِ
السَّلامِ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (25) }
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu
adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena
air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang
ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya
mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab
Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanaman) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit,
seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan
tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir. Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (surga) dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya
kepada jalan yang lurus (Islam).
Sebab itu, you can either MAKE or BREAK your child’s
potential! Memiliki jiwa yang tenang akan memudahkan banyak perkara. Tenang dan
bukan marah-marah. Pengaruh ‘dimarahi’ itu akan berada dalam diri anak selama 6
hingga 7 jam. Oleh sebab itu, mulakan pagi dengan senyuman dan jiwa yang tenang
bagi mengoptimumkan pembelajaran anak-anak di sekolah. Anak-anak akan mula
bermasalah ketika tingkatan 1, 2 dan 3 kerana sudah berjauhan dengan ibubapa.
Oleh sebab itu, perkasa asas perlu dibuat betul-betul ketika di peringkat awal
kanak-kanak.
“Being patient with our children is an act of worship” –
Mufti Ismail Menk
Kemudian, Pn Hayati membawa peserta kepada 8 perkara untuk
mengoptimumkan pembelajaran dan pembentukan diri anak sejak dari rumah lagi.
Ringkasnya,
- Pencapaian luar biasa terbina melalui minat dan kesungguhan;
- Membina persekitaran yang meransang sikap ingin tahu dan jati diri anak;
- Membina kreativiti anak – komponen penting untuk berjaya;
- Menggilap dan berulang-ulang;
- Pembelajaran dari kehidupan sebenar dan semasa;
- Berkomunikasi dan sentiasa berhubung (keluarga yang rapat);
- Belajar dari kesilapan;
- Membina kreativiti secara sistematik dan berperancangan.
Mungkin dalam siri tulisan yang lain, akan dikongsikan 8 perkara ini untuk manfaat semua. Disertakan gambar-gambar sekitar seminar untuk tatapan. Tahniah pada semua ibubapa TPH yang hadir! 😊
Catatan Teacher Ummi,
permatahidayahkuantan.blogspot.my
permatahidayahkuantan.blogspot.my