Semuanya bermula dari diri kita. Go green for a better tomorrow, save today for a better tomorrow. Sebagai guru hendaklah kita menerapkan nilai-nilai sayangkan bumi kepada anak-anak. Konsep DIY dan Go Green ini mempunyai banyak kelebihan, antaranya :
- merapatkan hubungan dan kepercayaan antara guru dan pelajar kerana berlaku banyak komunikasi dan sentuhan antara guru dan murid;
- barang DIY dibuat daripada barang murah atau terbuang yang ditransformasikan menjadi menarik dan bermakna. Kanak-kanak lebih tertarik dengan benda yang cantik;
- bahan-bahan diperoleh dari sekeliling lebih dekat dengan anak-anak dan membantu mereka mengingat dan memahami;
- DIY dapat membantu perkembangan fine motor skill dan lain-lain;
- memupuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam diri kanak-kanak;
- DIY dapat mengurangkan penggunaan alatan daripada pokok dan plastik, sekaligus menyokong "go green for the future generation".
Walau bagaimanapun, guru harus peka dan memberi perhatian terhadap beberapa perkara dalam melaksanakan projek DIY. Ini termasuklah :
- senang dan mudah didapati, zero atau low cost. sebaiknya dari bahan terbuang;
- perlu disesuaikan dengan tahap perkembangan / milestone dan umur kanak-kanak, iaitu menepati teori;
- menggunakan konsep child centered dan bermain;
- memastikan keselamatan bahan serta ketahanan ABM (Alat Bantu Mengajar)/mainan;
- ABM perlu cantik, kemas dan tahan lasak. Fitrah anak suka yang cantik dan berwarna warni;
- pemantauan dan bimbingan guru ketika aktiviti penggunaan dan proses pembuatan ABM.
Kami merasakan konsep DIY dan Go green ini sangat bertepatan dengan nilai-nilai rabbani dalam diri seorang anak kerana setiap kita adalah khalifah yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alamnya. Budaya kitar semula patut menjadi amalan yang mendarah daging dalam masyarakat kita.
Sekian perkongsian dari kami,
Teacher Shira dan Teacher Solehah
permatahidayahkuantan.blogspot.my