Bengkel Muzik dan Pergerakan Kanak-Kanak
Tarikh : 20 Februari
2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
hingga 1.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinta Ori, Kuantan.
Alhamdulillah,
pada sabtu lepas kami telah mengikuti Bengkel Muzik dan Pergerakan Kanak-Kanak
yang dikendalikan oleh Puan Norhanam binti Sulong dari Kuala Lumpur. Peserta
bengkel ini terdiri dari pengasuh taska, guru tadika dan guru pendidikan khas.
Di dalam bengkel
ini, kami didedahkan dengan lagu-lagu lama yang berunsurkan nasihat dan
pengajaran. Antaranya lagu seperti Anak Itik, Jong-jong Inai, pantun nasihat dan syair. Terdapat juga pergerakan dalam lagu seperti Jalur Gemilang dan Anak
Permata. Pergerakan ini mudah diikut oleh kanak-kanak. Rangkap yang pendek,
rentak yang mudah dan pengulangan yang kerap akan memudahkan kanak-kanak untuk
mengikuti guru menyanyi.
Setiap pergerakan boleh meransang kreativiti
dan psikomotor mereka. Kami juga belajar pergerakan badan dari lagu Twinkle
Little Star dan aplikasi konsep sains, yakni perubahan siang dan malam. Peserta juga
didedahkan dengan bagaimana untuk menggunakan deria, emosi dan pergerakan
fizikal semasa menggayakan gerakan melalui video lagu-lagu yang dipertontonkan.
Penggunaan
pelbagai alat muzik juga boleh dihasilkan melalui bahan terbuang. Contohnya menggunakan tong cat untuk menjadi gendang, menggunakan tempurung kelapa dan
sebagainya. Melalui muzik dan menyanyi, kanak-kanak dapat mempelajari perkataan
baru dan memambah kosa kata mereka. Melalui nyanyian juga kanak-kanak dapat
menceritakan bagaimana perasaan mereka, samaada sedih, gembira, takut dan
lain-lain.
Sebaiknya
pelajar disediakan ruangan yang sesuai untuk aktiviti pergerakan. Guru boleh
melakukan aktiviti lokomotor, iaitu pergerakan dari satu tempat ke satu tempat.
Aktiviti yang boleh dilakukan antaranya :
-
Berjalan ke hadapan, ke sisi kiri dan kanan;
-
Berjalan dan mengimbang badan di atas garisan
atau tali di atas lantai;
-
Berlari dengan lakuan yang betul;
-
Berlari bebas pelbagai arah;
-
Merangkak dengan lakuan yang betul;
-
Berjalan mengundur dengan lurus; dan
-
Berjenket beberapa langkah ke arah tertentu.
Jika ruangan
sempit dan terhad, guru boleh menggunakan kaedah melakukan kemahiran kasar bukan
lokomotor seperti :
- Membuat pergerakan tangan seperti menghayun
tangan, menolak kotak, menarik tali dan lain-lain;
-
Berbaring sambil mengangkat kaki;
-
Mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki;
-
Melompat setempat;
-
Menoleh kepada secara perlahan ke kiri dan
kanan;
-
Berjengket setempat;
-
Menepuk tangan.
Melalui kaedah
ini, kanak-kanak akan mempelajari konsep ruang. Tambahan pula, menggunakan
muzik dan pergerakan dapat menambahkan minat kanak-kanak untuk belajar dan
meneroka. Guru perlulah memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut
tahap umur dan kebolehan mereka. Peranan bahasa sangat penting dalam proses
pembelajaran. Maka, guru perlulah menggunakan bahasa yang mudah difahami dan
menyediakan aktiviti yang fleksibel.
Ok, itu saja
dari kami.
Big fish, small fish 2x
Swimming in the water 2x
Bubble bubble blup 2x
Cikgu Mimie & Cikgu Shira
permatahidayahkuantan.blogspot.my